KUALA LUMPUR: Setiap kali perlu keluar ke tempat kerja, kerisauan akan menyelubungi V. Murugeswaran yang lumpuh kedua-dua belah kaki.
Antara yang meresahkan Orang Kurang Upaya (OKU) berkerusi roda itu ialah ketersediaan tempat letak kenderaan untuk orang sepertinya dan juga kemudahan mesra OKU seperti tandas memandangkan kebanyakan premis masih lagi belum menyediakan infrastruktur sedemikian.
Bagaimanapun, apabila COVID-19 menular ke Malaysia dua tahun lepas, isu itu tidak lagi relevan buatnya dan ahli-ahli Persatuan Damai Orang Kurang Upaya Malaysia kerana mereka mula bekerja dari rumah (BDR).
"(Bekerja dari rumah) sangat bagus. Memudahkan. Kalau tidak, kami perlu ke venue. Kadang-kadang saya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Justeru bagi saya, bekerja secara dalam talian ini lebih baik dan menyenangkan," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Zoom.
Sebelum ini, tugas Murugeswaran, 52, selaku jurulatih berkaitan OKU memerlukannya turun padang bagi mengadakan latihan kesedaran tentang keperluan OKU kepada syarikat dan organisasi korporat.
Selepas dua tahun bekerja secara jarak jauh, bapa kepada seorang anak itu tidak merancang untuk kembali bekerja mengikut cara lama. Kini, beliau dan stafnya menjalankan latihan secara dalam talian.
Justeru, apabila ada gesaan agar sistem bekerja dari rumah dilaksanakan semula berikutan penularan varian Omicron yang dibimbangi akan mencetuskan satu lagi sekatan pergerakan, kebanyakan OKU menyambut baik saranan itu kerana mereka tahu faedah BDR.
TEKNOLOGI DIGITAL LEBIH INKLUSIF
BDR membuka membuka pelbagai "pintu" kepada OKU yang lazimnya sentiasa berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan atas faktor kekangan fizikal. Namun disebabkan BDR, operator dan syarikat telekomunikasi meningkatkan teknologi masing-masing bagi menambah baik perkhidmatan dan produk mereka.
OKU pendengaran Dewi Sri Taib berkata teknologi digital kini lebih inklusif dengan turut mengambil kira keperluan golongan sepertinya.
"Banyak aktiviti boleh dijalankan secara dalam talian dan semua boleh sertai tanpa diskriminasi. Malah, untuk OKU penglihatan juga ada perisian dan aplikasi yang boleh mengubah teks kepada Braille," katanya.
Menurut pembantu tadbir di sebuah universiti tempatan itu, tugasnya tetap berjalan lancar walaupun bekerja dari rumah.
Mengulas lanjut, Dewi berkata sebelum pandemik, beliau perlu menghadiri mesyuarat secara bersemuka yang melibatkan sekurang-kurangnya 15 orang.
Katanya pada masa itu beliau sering berdepan kesukaran untuk memahami pertuturan serta isu yang dibangkitkan, terutama apabila ada yang bercakap serentak.
Namun apabila BDR dan mesyuarat dijalankan secara dalam talian, beliau dapati lebih mudah untuknya memberi tumpuan kerana aplikasi yang diguna hanya membenarkan setiap orang bercakap secara bergilir.
Katanya beliau menggunakan mikrofon mini yang membantunya mendengar dengan lebih jelas, selain boleh merakam dan memainkan semula rakaman mesyuarat, sekali gus memudahkan tugasnya menyediakan minit mesyuarat.
Dewi yang kini kembali bekerja di pejabat turut mengakui rindukan tempoh BDR "kerana saya boleh berjalan-jalan atau berjoging keliling rumah selepas habis kerja atau berbaring sekejap jika penat."
Mengulas hal itu, pakar kesihatan awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata beliau tidak terperanjat jika prestasi OKU lebih baik semasa BDR.
Ini kerana katanya mereka bekerja dalam persekitaran rumah sendiri yang pastinya lebih sesuai untuk mereka.
KESALINGHUBUNGAN
Bagaimanapun tidak semua individu kurang upaya boleh menikmati faedah bekerja jarak jauh kerana selain bergantung pada jenis pekerjaan, mereka juga perlu ada akses kepada peralatan untuk melaksanakan tugas mereka termasuk liputan Internet yang baik.
Murugeswaran yang juga presiden persatuan itu, mengakui sesetengah OKU mendepani pelbagai cabaran semasa BDR.
"Selain perlu menyesuaikan diri bekerja di rumah secara dalam talian sedangkan selama ini bekerja secara bersemuka, mereka juga perlu ada Internet, ada kemahiran untuk menggunakan Internet serta tahu platform yang mahu digunakan," katanya.
S. Ramesh yang kurang upaya berjalan antara OKU yang menyifatkan pengalaman BDR sebagai kurang menyenangkan.
"Berkomunikasi secara dalam talian agak mencabar. Selain itu, Internet juga lembab," katanya.
Bertambah buruk lagi apabila beliau tidak mampu membeli kesemua peranti yang diperlukan untuk mempermudah tugasnya seperti mesin pencetak dan pengimbas.
Satu lagi sebab Ramesh tidak suka BDR ialah keterasingan, kerana di rumah hanya ada beliau dan ibunya.
"Di pejabat saya ada kawan-kawan dan dapat bersosial. Saya berasa lebih selesa (di pejabat)," ujarnya.
Antara rungutan utama rakyat Malaysia tentang BDR ialah keterasingan. Tinjauan oleh Ipsos yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas menunjukkan 57 peratus responden mengalami kesunyian ketika bekerja dari rumah, iaitu lebih tinggi berbanding angka purata global.
PASCAPANDEMIK
Disebabkan peningkatan kes akibat jangkitan Omicron - kes baharu harian di Malaysia kembali ke paras 5,000 buat pertama kali tahun ini pada 27 Jan lepas, - ada gesaan agar pihak berkuasa membenarkan sesetengah petugas bekerja dari rumah, apatah lagi dengan sambutan Tahun Baharu Cina minggu ini.
Bagaimanapun kerajaan dan sesetengah rakyat Malaysia keberatan untuk kembali melaksanakan BDR, sementara Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam hantaran Twitter pada 27 Jan, berkata Malaysia tidak akan melaksanakan "sekatan pergerakan atau kompaun secara semberono" bagi mengekang penularan varian baharu itu.
Sebaliknya kata beliau kerajaan menekankan pematuhan prosedur operasi standard sedia ada seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal serta mengelakkan tempat sesak, bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan awam tidak kembali dibebankan oleh peningkatan kes COVID-19.
Bagaimanapun ramai yang mahu BDR dijadikan norma, bukan sekadar langkah pencegahan pandemik. Menurut Indeks Keyakinan Tenaga Kerja oleh Linkedln, 55 peratus golongan profesional di Amerika Syarikat yakin majikan akan membenarkan mereka bekerja secara jarak jauh. Keyakinan itu lebih tinggi dalam bidang pekerjaan tertentu.
Murugeswaran, Dewi dan Ramesh bersetuju agar diwujudkan suatu bentuk sistem bekerja dalam talian pascapandemik .
"Sama ada kerana Omicron atau tidak, saya secara peribadi berpandangan BDR boleh diteruskan dengan beberapa syarat atau pendekatan untuk mereka yang dikenal pasti mempunyai keperluan untuk berbuat demikian," kata Dewi.
Pada masa ini terdapat lebih 590,000 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun pakar menganggarkan angka sebenar OKU di negara ini adalah sekitar 4.7 juta orang.
-- Bernama
Bernama
Thu Feb 03 2022
Tidak semua individu kurang upaya boleh menikmati faedah bekerja jarak jauh kerana selain bergantung pada jenis pekerjaan, mereka juga perlu ada akses kepada peralatan untuk melaksanakan tugas mereka termasuk liputan internet yang baik. -Unsplash
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.