awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanja rawatan kencing manis, buah pinggang RM3.3 bilion

Sinar Harian
Sinar Harian
03/12/2022
02:30 MYT
Belanja rawatan kencing manis, buah pinggang RM3.3 bilion
Peruntukan perubatan kira-kira RM3.3 bilion di negeri ini boleh dikurangkan jika orang ramai peka terhadap masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis dan buah pinggang. - Foto 123RF (Gambar kecil: Dr Sha'ari)
PUNCAK ALAM: Peruntukan perubatan kira-kira RM3.3 bilion di negeri ini boleh dikurangkan jika orang ramai peka terhadap masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis dan buah pinggang.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, jika masyarakat dapat menjaga kesihatan sudah tentu banyak perbelanjaan dapat dijimatkan.
"Misalnya, 25 peratus perbelanjaan perubatan tinggi disumbang oleh pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan rawatan akibat komplikasi penyakit tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Serahan Sumbangan Dana Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) dan Geran Pendidikan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Lembaga Zakat Selangor di Auditorium 1 Hospital Al Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam di sini, pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai perlu menjaga kesihatan masing-masing dan dinasihatkan membuat saringan awal bagi mengelak daripada penyakit tersebut.
"Kita berharap penyakit seperti ini dapat dikurangkan bukan hanya menjimatkan perbelanjaan tetapi lebih penting menjamin kesihatan," jelas beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kencing manis
#penyakit buah pinggang
#OKU
#Sha'ari Ngadiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan