awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan

Bernama
Bernama
27/12/2025
20:30 MYT
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
Ahli pengakap memainkan peranan penting sebagai ejen keamanan dalam usaha memupuk keharmonian, perpaduan dan nilai kemanusiaan dalam masyarakat, kata Mohd Zin. - Gambar fail Bernama
SUNGAI PETANI: Ahli pengakap memainkan peranan penting sebagai ejen keamanan dalam usaha memupuk keharmonian, perpaduan dan nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata, keamanan bukanlah sesuatu yang wujud secara kebetulan atau diwarisi secara automatik sebaliknya merupakan satu proses yang diusahakan dan dibentuk melalui pendidikan, nilai serta kepimpinan berakhlak.
"Terdapat kira-kira 300,000 ahli pengakap berdaftar di seluruh negara dan selaras dengan prinsip pendidikan keamanan yang ditekankan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), mereka berperanan sebagai ejen keamanan masyarakat.
"Keamanan bukan sekadar ketiadaan konflik atau peperangan... keamanan ialah perjalanan berterusan yang bermula dalam diri individu dan diperkukuh melalui hubungan sesama manusia," katanya semasa berucap pada majlis pembukaan Seminar Keamanan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, pergerakan pengakap menyediakan ekosistem pendidikan tidak formal yang berkesan membentuk generasi muda berkeupayaan mengurus perbezaan, berempati dan berani mempertahankan keadilan dengan kebijaksanaan.
"Inilah yang diterjemahkan oleh pengakap melalui sistem patrol, khidmat masyarakat, disiplin, kerjasama dan rasa hormat.
"Dalam dunia yang semakin menyaksikan perpecahan sosial, kebencian, maklumat palsu dan krisis kemanusiaan global, pendidikan keamanan tidak lagi boleh dianggap sebagai pilihan sampingan sebaliknya menjadi keperluan asas peradaban manusia," katanya.
Mohd Zin berkata, ahli pengakap di semua peringkat digalakkan bukan sekadar membincangkan konsep keamanan tetapi juga menghidupkan nilai tersebut dalam tindakan harian.
Seminar Pendidikan Keamanan anjuran PPM dengan kerjasama The Prem Rawat Foundation (TPRF) dan Akademi Pengakap Negara itu turut dihadiri kira-kira 70 peserta dari seluruh negeri.
Hadir sama Pengurus Wilayah Pasifik Utara TPRF, Datin Paduka Dr Santha Kumari Natkunam; Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Ahmad Din dan Pengarah Akademi Pengakap Negara, Profesor Madya Dr Abdul Rashid Mohamad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ejen keamanan
#ahli pengakap
#Mohd Zin Bidin
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan