KUALA LUMPUR:Seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah rintis akan menerima komputer riba bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Bagi merealisasikan bantuan berkenaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang RM150 juta yang akan disalurkan ke Tabung Cerdik.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemberian komputeri riba kepada 150,000 murid itu adalah seiring dengan norma baharu di mana pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan


Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat, Tengku Zafrul juga berkata, bagi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), kerajaan akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.

Kerajaan juga, kata Tengku Zafrul, memperuntukkan RM50 juta untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network (MYREN) kepada 500Mbps hingga 10Gbps bagi memastikan kesalinghubungan internet di institut pengajian tinggi.

PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021