TERKENAL dan dihormati sebagai tokoh perbankan sebelum menjadi anggota Kabinet, riak wajah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan yang segak berbusana baju Melayu kelihatan tenang ketika membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Jutaan rakyat Malaysia memerhatikan beliau ketika menggalas amanah membentangkan Belanjawan 2021 yang merupakan belanjawan sulung oleh kerajaan Perikatan Nasional dan mungkin juga boleh dianggap belanjawan paling kritikal dan bersejarah kepada negara sejak merdeka.
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 billion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.
Sebagai contoh Belanjawan 2020 memperuntukkan sebanyak RM297 bilion manakala Belanjawan 2019 sebanyak RM314.5 bilion.
Kerajaan sendiri sudah menjanjikan dari awal bahawa belanjawan ini akan melibatkan peruntukan lebih besar kerana mahukan ia sebuah belanjawan yang inklusif dan komprehensif demi melindungi rakyat dan menyelamatkan ekonomi.
Dari jumlah sebesar ini, kerajaan memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion disediakan bagi simpanan luar jangka.
Mengambil kira keperluan perbelanjaan sebesar ini, deficit fiscal negara bagi tahun hadapan diunjur pada kadar 5.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pelbagai pihak masih terkesan dengan impak COVID-19 kerana ia menjejaskan sektor ekonomi negara dalam skala yang besar. Ribuan perniagaan gulung tikar dan ratuan ribu rakyat hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja.
Semua keadaan ini amat menghimpit kehidupan mereka, justeru senario ini sudah menjawab mengapa Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam amat dinantikan bersama harapan yang menggunung oleh rakyat Malaysia.
Sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan, kerajaan telah melancarkan beberapa pakej rangsangan ekonomi secara berperingkat sejak Mac lalu untuk negara dan rakyat dapat ‘bertahan’ sehingga ke akhir tahun ini.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) yang kesemuanya berjumlah RM305 bilion dilihat membantu daya tahan ekonomi negara.
Bagi memastikan belanjawan ini menepati cita rasa rakyat, Menteri Kewangan menekankan dalam ucapannya bahawa buat pertama kalinya, siri jelajah dan sesi konsultasi telah diadakan ke seluruh negara yang melibatkan pelbagai pemegang taruh seperti parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), pemain industri dan ahli akademik untuk mendapat input dan cadangan.
Fokus Belanjawan 2021 memberi perhatian kepada tiga matlamat induk iaitu Kesejateraan Rakyat; Kelangsungan Perniagaan; dan Ketahanan Ekonomi.
Sebagai satu belanjawan yang membawa kesinambungan kepada semua pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini, Belanjawan 2021 menepati andaian pakar ekonomi dan firma penyelidikan sebagai satu belanjawan pengembangan.
Belanjawan pengembangan boleh diandaikan sebagai solusi ampuh bagi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk ketika ini.
Melalui belanjawan pengembangan, kerajaan memperluaskan bekalan wang dalam pasaran ekonomi melalui kaedah meningkat perbelanjaan atau melaksanakan potongan cukai yang menjadikan rakyat dan perniagaan mempunyai lebihan wang untuk berbelanja.
Kerana itu dapat dilihat kerajaan mengambil pendekatan memberi duit poket tambahan kepada rakyat dan pada yang sama turut memenuhi keperluan sektor ekonomi, pendidikan, pelancongan, penggiat industri seni, projek pembangunan dan mega berimpak tinggi, pendigitalan negara, pemuliharaan alam sekitar serta pelbagai bentuk pembiayaan dan insentif kepada usahawan dan peniaga kecil.
Boleh dikatakan belanjawan ini mempunyai keseimbangan antara memberi kail dan ikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Pastinya ada beberapa permintaan yang tidak dapat kerajaan realisasikan dalam belanjawan ini, tetapi ia masih satu belanjawan yang berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Ia juga sebagai belanjawan yang penting kerana akan menyokong kepada agenda Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang bermula pada tahun hadapan untuk tempoh lima tahun seterusnya.
Belanjawan ini akan mula dibahaskan pada minggu di Dewan Rakyat, buat Yang Berhormat sekalian, ingatan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong sebelum ini perlu dijadikan pegangan dan pedoman iaitu untuk mengenepikan segala perbezaan dan terus bersatu padu dalam usaha membanteras pandemik COVID-19.
“Belanjawan ini dijulang menjadi kanun saksi perpaduan kita demi rakyat!”
*Penulis adalah Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM serta Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Zaini Othman
Sat Nov 07 2020
Jutaan rakyat Malaysia memerhatikan Tengku Zafrul ketika menggalas amanah membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat. --fotoBERNAMA
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.