KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan majoriti Ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong usul undi belah bahagi peringkat dasar Belanjawan 2021 sebagai mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Malah tindakan itu disifatkannya sebagai aneh.
"Pada perbahasan Belanjawan 2021 semalam, kita dapati bukan sahaja parti Kerajaan yang sokong, tetapi sebahagian besar ahli Parlimen pembangkang menyokong. Ini aneh. Selama kerajaan Tan Sri Muhyiddin tertubuh, pihak pembangkang berusaha untuk menjatuhkannya dengan undi tak percaya di Parlimen.
"Tidak kurang 25 usul undi tidak percaya dikemuka. Apabila belanjawan dibentang, pembangkang bersuara kononnya akan menolak. Ada pemimpin yang datang berjumpa saya sehari sebelum untuk nyatakan tentangan mereka," katanya dalam catitan terbaharu di blog Chedet.cc
Malah jelasnya, menentang di peringkat jawatankuasa seperti yang akan dilakukan tidak memberi apa-apa kesan signifikan ke atas kerajaan mahupun kepada belanjawan yang dikemukakan.
"Apabila belanjawan dilulus tanpa tentangan di peringkat bacaan kali ke-2 di Dewan Rakyat, ini bermakna kerajaan sudah pun diiktiraf oleh pembangkang, kecuali 13 ahli yang berdiri menentang.
"Menentang di peringkat jawatankuasa, seperti yang dikata akan dilakukan, tidak akan bawa apa-apa kesan signifikan ke atas kerajaan mahupun kepada belanjawan yang dikemuka," katanya lagi.
BACA: Belanjawan 2021: Mana 128 sokongan Ahli Parlimen seperti yang Anwar dakwa? - A Kadir Jasin
Tambahnya, menentang di peringkat jawatankuasa itu hanyalah usaha mengalih pandangan kritikan rakyat yang kecewa dengan sikap pembangkang.
"Kerajaan pintu belakang pimpinan Tan Sri Muhyiddin bukan dipilih rakyat. Manipulasi dilakukan untuk merampas kuasa daripada kerajaan pilihan rakyat. Tidak cukup di peringkat Pusat, kerajaan negeri Sabah yang jelas dipilih rakyat juga dirampas dengan memaksa pilihan raya negeri diadakan.
"Untuk kekal berkuasa, kerajaan ini terpaksa sogok ahli Parlimen untuk dapat sokongan. Pada perbahasan Belanjawan 2021 semalam, kita dapati bukan sahaja parti kerajaan yang sokong, tetapi sebahagian besar ahli Parlimen pembangkang menyokong," katanya lagi.
Sebaliknya, Dr Mahathir mendakwa bahawa pelbagai 'gula-gula' ditawarkan untuk mendapatkan sokongan itu.
"Tidak dapat tidak, kita cenderung untuk percaya yang pelbagai gula-gula ditawar untuk dapat sokongan. Jika benar bermakna rasuah sudah sampai tahap yang amat merbahaya kepada negara. Segala-gala boleh dibeli dengan duit, termasuk kerajaan.
"Kerajaan pilihan rakyat boleh dibeli dan dijatuh kerana wakil yang dipilih oleh rakyat sanggup terima sogokan seperti yang kita lihat berlaku di Sabah. Kerajaan yang tidak dipilih rakyat boleh rampas kuasa dan terus memerintah negeri dan negara. Pembangkang sanggup berkrompomi dan tolak prinsip dan gadai sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri," soalnya lagi.
Jelas Bekas Perdana Menteri itu lagi, beliau dan kumpulan Pejuang akan terus menolak Belanjawan 2021 kerana melihat tiada manfaat jangka panjang kepada negara.
"Saya dan kumpulan Pejuang akan terus tolak Belanjawan ini. Ini kerana kami tidak nampak apa-apa manfaat jangka panjang kepada negara di dalam usaha tangani masalah ekonomi yang merudum akibat COVID-19.
"Tidak ada apa-apa rancangan untuk pulih dan kembangkan ekonomi serta bantu perniagaan yang terjejas teruk. Yang ada hanya pemberian wang dan lebih banyak wang yang ditawar untuk menawan hati rakyat. Tidak dinyata di mana dan bagaimana Kerajaan akan dapat hasil untuk biayai semua ini.
"Kerajaan yang menagih populariti dengan sogokan untuk kekal berkuasa tidak ada beza dengan Kerajaan kleptokrat yang kita jatuhkan. Mereka hanya akan hancurkan negara ini," kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan meminta setiap Ketua Whip parti pembangkang agar tidak menyokong usul undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam.
Fareez Azman
Fri Nov 27 2020

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan majoriti ahli Parlimen pembangkang tidak menyokong usul undi belah bahagi sebagai mengiktiraf kerajaan PN. - Gambar fail/ASTRO AWANI

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Anwar perlu lebih bertanggungjawab sentuh isu darurat - Azmin
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lebih bertanggungjawab apabila menyentuh mengenai darurat.

Heret kerajaan ke mahkamah, Anwar terus main politik, lupa agenda rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, niat merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.

Anwar akan cabar proklamasi darurat di mahkamah
Anwar dalam masa yang sama menyifatkan keputusan mengisytiharkan darurat seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.

Anwar dakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin berada di lembah kegilaan
Kerajaan Perikatan Nasional tidak mampu memberi keyakinan dan menjanjikan masa depan yang lebih baik, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.

UMNO harus ambil iktibar ketabahan Anwar masuk penjara - Bersatu Kepong
Pemimpin UMNO seharusnya belajar dan mengambil iktibar daripada ketabahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sanggup melalui proses perbicaraan dengan tabah, malah sedia dipenjarakan.

"Saya tidak menentang Anwar jadi Perdana Menteri" - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi penegasannya tidak menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.