awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Dana pembangunan RM5.1 bilion untuk Sabah, RM4.5 bilion Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2020
14:26 MYT
Belanjawan 2021: Dana pembangunan RM5.1 bilion untuk Sabah, RM4.5 bilion Sarawak
Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima perbelanjaan pembangunan RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion bagi tahun depan.
KUALA LUMPUR:Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima perbelanjaan pembangunan RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion bagi tahun depan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan itu antaranya adalah untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan serta pendidikan.
Dalam usaha meringankan beban hidup rakyat, beliau berkata kerajaan akan menaikan peruntukan subsidi, bantuan dan insentif, bagi Sabah dan Sarawak daripada RM150 juta kepada RM200 juta untuk melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming, termasuk meluaskan pelaksanaannya ke 34 kawasan baharu, antaranya di Pulau Sakar di Sabah dan Ulu Mujok di Sarawak.
“Melalui inisiatif ini barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, gas LPG, petrol RON95 dan diesel dapat dinikmati lebih 1.1 juta rakyat pada harga dikawal,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Menerusi langkah bantuan kepada petani, peladang dan nelayan, beliau berkata lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi di Nabawan, Sabah dan Kanowit Sarawak, akan menikmati bantuan sejumlah RM570 juta subsidi harga padi, RM960 juta (subsidi dan insentif tanaman padi) termasuk RM40 juta subsidi baja padi bukit.
Bagi memperkasakan program pembangunan komuniti di kedua-dua negeri di kepulauan Borneo, Tengku Zafrul berkata sebanyak RM41 juta diperuntukan bagi program ‘Native Customary Rights’ (NCR) di Sabah dan Sarawak.
Menyatakan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, beliau berkata sejumlah RM 2.7 bilion disalurkan bagi melaksanakan pelbagai program dan projek penambahbaikkan infrastruktur luar bandar meliputi projek jalan, bekalan air, elektrik, program bantuan rumah, pemasangan dan penyelenggaraan lampu.
Katanya kerajaan akan memperluas perkhidmatan bank bergerak di Sabah dan Sarawak bagi membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas, seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan kemudahan mengeluarkan wang bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak
#Sabah
#Sarawak
#peruntukan pembangunan
#Barangan asas
#kemudahan infrastruktur
#Bank bergerak diperluas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan