awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Ganti tenaga kerja asing kepada tempatan di sektor tertentu- Pakar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/11/2020
04:47 MYT
Belanjawan 2021: Ganti tenaga kerja asing kepada tempatan di sektor tertentu- Pakar
Kerajaan diharap terus melaksanakan usaha mengurangkan penggantungan terhadap pekerja asing dan menggantikannya dengan guna tenaga tempatan bagi sektor-sektor tertentu. Gambar Fail.
KUALA LUMPUR:Kerajaan diharap terus melaksanakan usaha mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dengan menggantikannya kepada tenaga tempatan bagi sektor-sektor tertentu.
Pakar Ekonomi, Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, langkah itu mampu membantu rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan dan menambah guna tenaga tempatan dalam pasaran buruh.
"Saya alu-alukan kalau tukar pekerja asing kepada pekerja tempatan sebab hendak kurangkan kebergantungan (buruh) asing dan ganti pekerja tempatan. Namun, ia masih ada batas-batas tertentu.
"Contoh, dalam sektor perladangan, mereka yang kait buah, lebih 95 peratus adalah pekerja asing. Ini tidak mudah kepada pekerja tempatan. Saya sangat alu-alukan dalam sektor lain penggantian pekerja asing kepada pekerja tempatan supaya ramai dapat pekerjaan," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype.
BACA: Belanjawan 2021: RM3.7 bilion bagi sediakan 500,000 peluang pekerjaan
Dalam pada itu, pelaksanaan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) melalui Belanjawan 2021 dijangka mengurangkan tekanan pengangguran yang akan meningkat pada tahun hadapan.
Pada masa sama, inisiatif berkenaan sekali gus mampu mencipta dan menambah lebih banyak peluang pekerjaan.
"Bermula tahun 2020 kita alami masalah pengangguran pada kadar 4.7 peratus. Jadi saya bimbang pada Oktober hingga Disember ini sebab PKPB, maka berlaku juga gangguan dalam pengeluaran dan bermakna ramai pekerja Bekerja Dari Rumah, dan ada yang diberhentikan kerja.
"Jadi saya takut kadar pengangguran akan meningkat lebih 4.7 peratus. Sekarang pengangguran kita hampir 400 ribu orang dan kalau ini berlaku, apa yang diunjurkan kerajaan pada 2020 iaitu negara akan mengalami penguncupan ekonomi -4.5 peratus, dan kalau lebih teruk lagi daripada itu maka akan kita akan capai pengangguran lebih sejuta," ujar beliau.
Mengulas mengenai cadangan penubuhan Majlis Pekerjaan Negara, beliau berkata, perincian mengenainya masih belum didedahkan buat masa ini.
"Ada juga cadangan mewujudkan Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan sangat dialu-alukan. Namun kita tidak tahu perinciannya, bagaimana ia berfungsi sebab kita sudah ada Majlis Perundingan Gaji Negara yang melihat pasaran buruh ketika ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Pakar Ekonomi
#pengangguran
#kurang tenaga asing
#peluang pekerjaan
#Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan
#JanaKerja
#Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan