KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 harus mengutamakan penciptaan pekerjaan dan pemacu perkembangan pendapatan, terutamanya untuk golongan belia dan pencari rumah pertama, demikian menurut portal hartanah dalam talian PropertyGuru Malaysia.
Katanya, minat pemilikan kediaman semakin melonjak, namun pengangguran dan kehilangan pendapatan susulan wabak COVID-19 menghalang pembeli daripada membuat pembelian hartanah.
Dalam kenyataan hari ini, pengurus negara PropertyGuru Malaysia Sheldon Fernandez berkata permintaan paling menonjol dalam senarai harapan industri adalah pengembangan insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC), seperti pengecualian duti setem dan instrumen pemindahan kepada pasaran sekunder.
Terdapat juga seruan untuk melanjutkan insentif HOC hingga Mei 2021.
Menurut PropertyGuru Malaysia Consumer Sentiment Study pada suku kedua 2020, 39 peratus dan 11 peratus peserta berpuas hati, masing-masing dengan pembiayaan moratorium Bank Negara dan Bantuan Prihatin Nasional.
Kajian itu juga menunjukkan, pencari kediaman berumur 22-29 dan golongan penyewa berkemungkinan besar akan membeli hartanah selepas PKP, dengan 47 peratus daripada pencari kediaman dan 51 peratus penyewa masing-masing menyatakan pandemik ini tidak melambatkan potensi pembelian mereka.
"Justeru, pemacu ekonomi yang menjana pekerjaan dan pertumbuhan pendapatan, di samping insentif digitalisasi dan teknologi kediaman (proptech) bagi meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif terkini dan peluang sedia ada, adalah kunci utama kepada pasaran hartanah apabila Malaysia kembali pulih daripada pandemik," kata Fernandez.
Sementara itu, peserta hartanah menekankan kemungkinan melanjutkan tempoh pinjaman maksimum dan sedang mengkaji kriteria kelayakan untuk pemohon pinjaman perumahan.
"Mengenai kajian semula kriteria kelayakan dan pemanjangan tempoh pinjaman, institusi kewangan biasanya mempunyai keutamaan mereka sendiri dari segi pengurusan risiko dan meminimumkan pinjaman tidak berbayar.
"Dalam pada itu, keprihatinan pemaju terhadap kos pematuhan, jika ada, akan memudahkan perniagaan mereka, dan kajian semula garis panduan pemilikan hartanah warga asing mungkin dapat mengatasi masalah unit tidak terjual sehingga ke satu tahap, tetapi ini tidak disukai oleh golongan pencari rumah di Malaysia," katanya.
Sementara itu Fernandez menambah fokus berterusan terhadap insentif digital, seperti pemberian dana untuk projek rintis aplikasi digital -- terutamanya pemain proptech -- akan membantu mendorong inovasi dan penerapan industri.
Ini katanya adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif terkini, baik dari segi hartanah dan bidang-bidang lain juga, seperti peluang meningkatkan semula kemahiran.
"PropertyGuru telah menerajui pelbagai inisiatif proptech, termasuk PropertyGuru Loan Pre-Approval, PropertyGuru FastKey, PropertyGuru Lens dan banyak lagi, seperti satu hub 'one-stop' yang menggabungkan 100 HOC untuk memudahkan semakan pencari rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020

Minat pemilikan kediaman semakin melonjak, namun pengangguran dan kehilangan pendapatan susulan wabak COVID-19 menghalang pembeli.

'Umpama hantaran baton dari generasi terdahulu untuk lakar sejarah' - Harris
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris berucap pada sambutan bulan Black History di White House.

Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak
Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu.

Black History | Guna baton generasi terdahulu lakar sejarah - Harris
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris berucap pada sambutan bulan Black History di White House. Kata Harris, ini masanya untuk generasi kini menggunakan inspirasi perjuangan generasi terdahulu dalam melakar sejarah yang lebih baik.

Tokoh politik sertai tunjuk perasaan sokong komuniti Asia-Amerika
Tokoh politik terkemuka di New York memimpin tunjuk perasaan di Manhattan pada Sabtu bagi menyokong komuniti Asia-Amerika yang menjadi sasaran keganasan baru-baru ini.

Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand
Program vaksinasi itu diadakan pada Ahad di sebuah institusi penyakit berjangkit di pinggiran Bangkok.

Sungai Tercemar: Ribuan ikan air tawar ditemui mati
Sejak tiga minggu lalu, ribuan bangkai ikan air tawar ditemui di permukaan Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Gua Musang. Namun, sejak tiga hari lalu, kejadian sama berulang secara misteri.

Tiada kelebihan wakil rakyat lompat parti - Penganalisis politik
Kekuatan sesebuah parti terletak kepada sokongan akar umbi dan bukan bergantung kepada penghijrahan wakil rakyatnya.

Ratusan berhimpun desak PM Israel letak jawatan
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Jerusalem bagi menuntut peletakan jawatannya.

Politik | Tukar parti, adakah tanda ada krisis?
Wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 dan 4.0 peratus tahun ini - Public Investment Bank
Ini didorong terutamanya oleh inisiatif kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021.

Setahun Langkah Sheraton: Tiada agenda, pencapaian boleh dibangga - MP Muar dan Semporna
Tiada agenda, misi dan pencapaian yang boleh dibanggakan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Penguncupan 5.6 peratus KDNK sudah dijangka, namun asas ekonomi masih kekal kukuh
Ekonomi negara yang menyusut sebanyak 5.6 peratus, paling rendah sejak 1998 sebenarnya sudah dijangka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bayaran 'one-off' RM500 petugas barisan hadapan KKM bermula 1 Mac
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berharap pemberian ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM.

Laporan UNICEF, UNFPA: 'Lindungi kehidupan warga miskin KL' - Nik Nazmi
Dapatan kajian berhubung kadar pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda dan satu dari tiga orang dewasa dalam isi rumah masih menganggur menunjukkan kegagalan kerajaan PN.

Kementerian Kewangan sambut baik kerjasama Malaysia-Indonesia - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mewujudkan gelembung perjalanan bagi merancakkan ekonomi Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan luluskan tambahan 3,500 petugas kesihatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengambilan petugas tambahan itu bermula pada akhir Januari 2021.

10 tokoh dilantik anggotai Majlis Pekerjaan Negara
Menurut kenyataan PMO pada Selasa, NEC akan disokong oleh pasukan petugas peringkat tertinggi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

81 peratus rakyat Malaysia bimbang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 - Kajian
Kajian Pusat Penyelidikan EMIR Research mendapati 81 peratus daripada responden menunjukkan kebimbangan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Anak muda kumpul dana lebih RM50,000 beli komputer riba buat pelajar miskin
Lebih 100 pelajar kurang berkemampuan di sekitar Petaling Jaya bakal menerima komputer riba.