KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran memperluaskan pemberian komputer riba menerusi Tabung Cerdik kepada lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock.
Tan berkata ia bagi membolehkan akses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian kepada pelajar dapat dilaksanakan secara berkesan ketika negara masih diserang pandemik COVID-19 yang menyebabkan penutupan sementara kebanyakan sekolah di negara ini.
"Kita perlu lihat secara keseluruhan, terdapat kira-kira lima juta pelajar di seluruh negara. Jadi kalau 150 ribu murid di 500 sekolah sahaja yang menerima komputer riba, itu satu jumlah yang agak kecil.
"Kita harap kerajaan dapat mencari kaedah lain untuk membolehkan akses kepada lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berupaya memiliki gajet itu untuk kegunaan PdP," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Tan berkata tinjauan NUTP mendapati 36 peratus pelajar tidak mempunyai peranti untuk menjalani PdP dalam talian.
Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov lepas oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung Cerdik oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang akan diselia Yayasan Hasanah.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata penularan virus COVID-19 turut memberi kesan kepada pendapatan universiti secara umumnya.
"Walaupun pelajar dibenarkan mendaftar di universiti masing-masing dan menjalani pembelajaran dalam talian tetapi kemasukan mereka ke asrama berkurang. Pendapatan daripada yuran asrama memang berkurang dan ini turut menjejaskan pendapatan universiti itu sendiri.
"Jika kerajaan berhasrat meneruskan untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus menerusi Belanjawan 2021, mungkin keadaan universiti akan menjadi semakin parah," katanya selain menambah pihak universiti harus mencari jalan bagi menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan operasinya.
Turut senada, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini tidak dapat menjana pendapatan berikutan penularan virus COVID-19.
"Kebanyakan pendapatan institusi pengajian tinggi awam dan swasta ini bergantung kepada kemasukan pelajar antarabangsa. Pada masa ini, pelajar baru dan pelajar semasa tidak dapat menghadiri kelas seperti biasa dan ini menyebabkan kewangan institusi semakin merosot," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Tinjauan NUTP mendapati 36 peratus pelajar tidak mempunyai peranti untuk menjalani PdP dalam talian. - Gambar hiasan

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

PKP di Bahagian Sibu dan PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan 14 hari
JPBN Sarawak melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu selama 14 hari.

COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal
Penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar, berbanding gelombang pertama dan kedua.

Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat
Kebakaran memusnahkan sehingga 80 peratus daripada fizikal kenderaan mewah berkenaan.

Siti Nurhaliza raih enam anugerah Joox, atasi Justin Bieber
Siapa kata artis Malaysia tidak dikenali di mata dunia? Jika ada yang masih mempunyai anggapan sedemikian, ternyata anda silap sama sekali!

Sektor IKS | Kerajaan disaran fokus pada isu membelenggu IKS pasca COVID-19
Penyampaian pakej stimulus yang kurang berkesan, ketidakseimbangan polisi pendigitalan dan automasi dengan realiti sebenar perniagaan, serta kerumitan penguatkuasaan, antara isu yang menjejaskan kemampanan industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Macau Scam | 11 suspek direman di bawah POCA
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PERMAI | RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Sebanyak RM150 juta lagi peruntukan tambahan disalurkan kepada Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Cerita Sebalik Berita: Cabaran kelangsungan PdPR guru pendidikan khas
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Bayaran BPN 2.0 | Ambil masa seminggu dikreditkan
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

150,000 komputer riba diedar kepada pelajar bulan depan - Menteri Kewangan
Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan kepada bulan depan.

Pangkalan data digital media, seragamkan kandungan digital PdPR
Malaysia mampu meningkatkan literasi teknologi maklumat menerusi pangkalan digital media pembelajaran yang seragam menerusi sokongan semua pihak.

Beri peluang pelajar, guru biasakan PdPR
Namun, perkara itu bukan memberi kesan jangka masa panjang, sebaliknya bersifat sementara waktu sahaja.

Tambahan slot program TV Pendidikan untuk calon SPM bermula esok - KPM
Bermula esok, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

PdPR: Program TV Pendidikan mulai 27 Januari ini - KPM
Ia salah satu usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pelajar OKU tersisih dalam PdPR, IKRAM mohon pengecualian
Golongan itu yang antaranya mengalami kecacatan pendengaran dan penglihatan, berdepan kesukaran untuk mengikuti kaedah PdP di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

KPT komited mudahkan PdP penuntut IPT
KPT komited untuk memastikan semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada.

KPM disaran guna kaedah PdP bersemuka secara bergilir untuk bantu murid kurang mampu
Generasi yang tersisih tersebut perlu dipandang serius oleh KPM supaya tidak berlaku keciciran.

Inisiatif pelupusan pinjaman: Peminjam pelajaran Yayasan Selangor diminta semak status masing-masing
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut akan memberi manfaat kepada 762 peminjam dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.17 juta.

PdPR: "Jika Ustaz Ebit Lew boleh beri peranti, kenapa KPM tidak?" - MBM
Isu kekurangan peranti antara masalah utama dihadapi murid terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.