awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/11/2020
07:43 MYT
Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat
Mengikut Takwim Dewan Rakyat, ia kini akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar selepas mendapat sokongan daripada ahli Parlimen.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu pada jam 3.28 petanng tadi.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan penggulungan RUU Perbekalan 2021 untuk bacaan kali kedua kira-kira sejam sebelum mendapat sokongan semua ahli Parlimen kerajaan.
Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.
Belanjawan berkenaan juga merupakan yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Belanjawan 2021 dibentang Tengku Zafrul pada 6 November lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung sejak 9 November lalu.
Mengikut Takwim Dewan Rakyat, ia kini akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#Kementerian Kewangan
#undang-undang
#Parlimen
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2021
#Belanjawan 2021
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan