awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre

Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah

Bernama
Bernama
05/02/2026
21:20 MYT
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
ACP Mohd Zamzuri berkata pemandu kenderaan dalam kes ini telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan dan memberi keterangan lanjut berhubung kejadian. - Foto JSPT KL
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai terlelap ketika memandu menyebabkan keretanya hilang kawalan dan merempuh tembok pagar sebuah sekolah di Jalan Kampung Pasir, Jalan Klang Lama di sini, awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian pada 1.50 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.
"Akibat pelanggaran tersebut, tembok pagar sekolah berkenaan mengalami kerosakan namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan mana-mana pihak dalam insiden terbabit," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Zamzuri berkata siasatan awal mendapati pemandu terbabit dari arah Pantai Dalam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seri Sentosa di sini selepas berjumpa rakannya.
Beliau berkata pemandu kenderaan itu telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan dan memberi keterangan lanjut berhubung kejadian itu.
Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau balai polis berhampiran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JSPT KL
#terlelap ketika memandu
#rempuh tembok sekolah
#Jalan Klang Lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.