PUTRAJAYA:Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat apabila masih mengekalkan beberapa program subsidi utama yang mendukung daya tahan ekonomi negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata antaranya Program Penstabilan Harga Minyak Masak dengan peruntukan RM400 juta serta Program Pengedaran Barang Perlu, gas petroleum cecair dan 'community drumming' yang meningkat sebanyak RM50 juta berbanding Belanjawan 2020 kepada RM200 juta.
Turut dikekalkan ialah Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan dengan peruntukan meningkat RM20 juta kepada RM40 juta, Subsidi Tepung Gandung Kegunaan Am (RM40 juta) dan Program Beli Barangan Buatan Malaysia (RM20 juta).
"Beberapa inisiatif yang bersifat 'people-centric' turut diluluskan kerajaan di bawah Belanjawan 2021 yang diyakini berupaya membantu rakyat mengharungi cabaran ekonomi semasa sehingga keadaan pulih sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nanta berkata Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik turut diperkenalkan dengan peruntukan RM5 juta, selain Program Pembangunan Usahawan/ Pembangunan Francais yang dinaikkan sebanyak RM1.3 juta berbanding Belanjawan 2020 kepada RM3.8 juta.
"Kesemua inisiatif itu jelas memperlihatkan elemen keterangkuman dan sifat inklusif kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam membantu rantaian ekonomi domestik di semua peringkat yang berupaya membawa impak positif kepada golongan pengguna," katanya.
Nanta berkata KPDNHEP juga akan bekerjasama rapat dengan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam membantu usahawan di bawah seliaan mereka, melalui keterlibatan secara langsung KPDNHEP dalam sektor peruncitan dan pengedaran.
Mengenai keseluruhan peruntukan untuk KPDNHEP, terdapat kenaikan peruntukan mengurus sebanyak 6.33 peratus daripada RM1.019 bilion dalam Belanjawan 2020 kepada RM1.084 bilion untuk Belanjawan 2021.
Bagaimanapun, katanya peruntukan pembangunan memperlihatkan sedikit penurunan iaitu 15.03 peratus daripada RM78.4 juta kepada RM66.6 juta berikutan beberapa projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sudah siap dilaksanakan.
"Keseluruhannya, KPDNHEP berpuas hati dengan peruntukan dana disalurkan dan memahami kerajaan sentiasa berusaha memberi dan melaksanakan yang terbaik dalam mengharungi fasa mencabar pada ketika ini," kata Nanta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020
Beberapa inisiatif yang bersifat 'people-centric' turut diluluskan kerajaan di bawah Belanjawan 2021 yang diyakini berupaya membantu rakyat.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.