awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: 568 sekolah daif di Sarawak jadi keutamaan - Fadhlina

Bernama
Bernama
26/01/2023
14:12 MYT
Belanjawan 2023: 568 sekolah daif di Sarawak jadi keutamaan - Fadhlina
Usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, pada 24 Feb ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - BERNAMA
MIRI: Usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, pada 24 Feb ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 455 sekolah daif dalam skala enam dan 113 sekolah daif dalam skala tujuh.
Menurutnya, skala enam dan tujuh dalam penilaian infraskruktur sekolah itu merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan.
"KPM akan beri tumpuan dan perhatian penuh untuk pembangunan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah ini, kita tidak meminggirkan mana-mana sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Prihatin, di sini, hari ini.
Selain itu, KPM turut mengumumkan peruntukan penyelenggaraan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam, SK Lepong Ajai, SK St. Joseph dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah daif di Sarawak
#Belanjawan 2023
#Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan