KUANTAN: Pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang yang diumumkan pada Belanjawan 2023 akan membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lokasi peranginan tanah tinggi itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata ia juga bersifat 'serampang dua mata' kerana turut membawa kebaikan kepada industri pelancongan di situ.
"Kesesakan (di Cameron Highlands) sering berlaku pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana pertambahan pelancong dan isu ini telah berlarutan untuk tempoh masa yang lama selain sering dibangkitkan wakil rakyat di situ.
"Pembinaan jalan baharu adalah situasi menang-menang bukan hanya kepada pelancong dan penduduk tetapi juga kepada logistik rangkaian bekalan makanan kerana penanaman sayur juga sumber ekonomi utama penduduk di situ," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Leong berkata demikian diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata dengan kos RM480 juta pada pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata Ho Chi Yang yang turut bersetuju pembinaan jalan itu berkata ia membantu mengatasi masalah kesesakan, bagaimanapun berharap pelaksanaannya akan mengambil kira faktor alam sekitar di Cameron Highlands.
"Saya berharap kajian yang telah dibuat dan pembinaan jalan alternatif itu nanti akan meminimumkan impak alam sekitar dan menjaga kelestarian alam," katanya.
Pengusaha kenderaan sewa di kawasan pelancongan itu, Abdul Hadi Harun, 30, pula berharap jalan itu apabila siap kelak menjadi 'nilai tambah' kepada rakyat negara ini untuk terus menjadikan Cameron Highlands sebagai destinasi percutian pilihan.
Beliau yang menjalankan perniagaan itu sejak setahun lepas turut berpandangan keadaan tersebut akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang banyak bergantung kepada kehadiran pelancong.
"Ada orang mengelak berkunjung ke Cameron Highlands pada waktu tertentu seperti cuti sekolah kerana enggan terlalu lama berada dalam kereta akibat kesesakan jalan raya.
"Sebagai pemain industri pelancongan, sudah pasti kami mahu melihat seramai mungkin pelancong... pembinaan jalan baharu jika dibuat tanpa perlu melalui pekan utama akan memberi alternatif kepada pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang yang diumumkan pada Belanjawan 2023 akan membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lokasi peranginan tanah tinggi itu. - Gambar fail/BERNAMA
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
AWANI Borneo [29/04/2024] – Perkukuh sektor perhutanan | Calon ADUN Tanjung Batu | Piala Borneo bakal kembali
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Belanjawan 2023: Jalan baharu kurangkan kesesakan ke Cameron Highlands
Pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands, akan membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di lokasi peranginan tanah tinggi itu.