PONTIAN: Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selain itu mereka juga turut menyuarakan hasrat agar lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Menurutnya, golongan beliau itu juga berharap agar lebih banyak bantuan disediakan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memberikan potongan cukai tertentu kepada syarikat agar mereka boleh menghulurkan sumbangan kepada kumpulan dan persatuan sukan.
"Kita ada team dari pasukan belanjawan yang hadir setiap dialog untuk catat dan merumuskan apa yang terbaik yang boleh dipakai dalam pembentangan belanjawan nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Tangki Air Baharu Benut, di sini, hari ini.
Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata apa yang menariknya pada tahun ini adalah terdapat dua kali pembentangan belanjawan.
"Kalau (permohonan pelbagai pihak ini) tidak masuk dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini, mungkin akan masuk dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober atau November depan," katanya.
Sebanyak 18 sesi dialog Belanjawan 2023 dianjurkan kerajaan di seluruh negara bermula Khamis lepas sehingga 10 Februari depan untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan semua pihak berkepentingan sebelum intipati belanjawan dapat dirumuskan.
Sesi dialog itu disertai pelbagai pihak berkepentingan termasuk daripada agensi dan kementerian, syarikat, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, mengenai projek pembinaan tangki air baharu Benut 4 yang siap dibina pada November tahun lepas, Ahmad berkata, ia dijangka dapat menampung keperluan kira-kira 20,000 penduduk bagi mendapatkan bekalan air terawat terutamanya pada musim perayaan dan juga ketika mengalami gangguan bekalan air.
Beliau berkata tangki air yang mula dibina pada tahun 2020 itu yang menelan belanja sebanyak RM13 juta mempunyai kapasiti sebanyak 4.5 juta liter air sehari (MLD).
Menurutnya, satu lagi projek yang sedang dibina di Pontian ialah Tangki Air Baharu Parit Haji Ariff yang sudah bermula tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sidang media selepas merasmikan Bangunan Tangki Air Perbadanan Aset Air Bhd (PAAB) di Jalan Wawasan, Benut hari ini. - Foto BERNAMA

Zainab Mohd Salleh tampil perjelas dakwaan isteri kedua Abdul Latiff
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff tampil melalui peguamnya Yusfarizal Yusoff menjelaskan dakwaan tersebut.

KKM galak sediakan kod QR, mudahkan aduan kualiti makanan
Kementerian Kesihatan Malaysai galakkan setiap negeri menyediakan imbasan kod QR di bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan.

Amalan tidak jejas penyampaian perkhidmatan - CUEPACS
Amalan segelindir penjawat awam bawahan yang berlagak berkuasa seperti pegawai di peringkat tertinggi tidak terlalu serius sehingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
![[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam [TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015473/16574787851679661843390_640x360.jpg)
[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam
Air Selangor menerusi kenyataan memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam bermula jam 10 malam ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu).

Dialog Anak Muda: Mobiliti anak muda
Adakah sistem pengangkutan awam negara cukup mesra anak muda? Guna pengangkutan awam untuk jimat poket atau ubah gaya hidup? Apa idea anak muda untuk tambah baik sistem kesalinghubungan pengangkutan awam? Dialog Anak Muda, Jumaat 8.30 malam

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan KPWKM.

Perbetul naratif, kefahaman pakej rangsangan ekonomi tidak berhemah - Mohd Syahir
Malah pihak pembangkang ketika itu turut menggesa kerajaan untuk menambah suntikan dana yang disediakan dalam pakej ransangan ekonomi.

Dana asing dijangka kembali ke pasaran Asia termasuk Malaysia - Rakuten Trade
Kenny Yee berkata, indeks petunjuk utama FBM KLCI dijangka mencecah 1,630 mata berdasarkan penilaian PE sebanyak 15.5 kali.

KBS laksana kelas renang untuk kanak-kanak golongan B40
KBS akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat khususnya kanak-kanak.

Galakkan penubuhan koperasi, kerjasama PBT bantu kembang perniagaan - Ewon
Penubuhan koperasi penting untuk mengembangkan potensi dan perniagaan usahawan kecil sekali gus memacu ekonomi negara.

Peruntukan RM750 juta bagi program IPR mencukupi - Rafizi
Kerajaan ambil pendekatan beri bantuan dan kemudahan bukan sekali gus tetapi secara bulanan.

Anwar semak perincian belanjawan pastikan penyampaian terbaik
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan menyemak perincian Belanjawan MADANI bagi membantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.

Dakwaan Hamzah simpan fail pemimpin satu perkara serius - Ramkarpal
Ramkarpal Singh berkata, siasatan terhadap perkara itu hanya boleh dibuat sekiranya terdapat laporan polis untuk membuka kertas siasatan.

Belum ada hasrat wujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia - Fuziah
Kerajaan belum ada perancangan untuk wujudkan program mirip Kedai Runcit 1Malaysia yang pernah dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan teliti perubahan insentif cukai teknologi hijau dalam Belanjawan 2024
Kerajaan mungkin akan memperkenalkan perubahan menyeluruh ke atas insentif cukai teknologi hijau dalam Belanjawan 2024.