awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin diperluas sehingga murid Tingkatan 3

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/10/2023
10:22 MYT
Belanjawan 2024: Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin diperluas sehingga murid Tingkatan 3
Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga Tingkatan 3 berbanding sehingga Tingkatan 1 sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan.
Ujarnya, sejumlah sejuta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta.
"Selain itu, mulai tahun hadapan, kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini.
"Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP," kata Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat hari ini.
Belanjawan 2024 merupakan Belanjawan MADANI Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI melibatkan tiga tumpuan utama iaitu; Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
#pelajar miskin
#bantuan
#wang amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan