awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah
Malaysia kekal terbuka kepada pelaburan asing bawa ketersambungan global - Loke
PRK Kinabatangan, Lamag: Elak pakai, bawa barang bersimbol parti ke pusat mengundi - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT

Bernama
Bernama
18/10/2024
14:11 MYT
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh ATM, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Beliau berkata hal ini sejajar dengan matlamat menjadikan ATM sebagai angkatan masa hadapan yang bersepadu, tangkas dan berfokus.
"Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, komitmen terhadap pertahanan negara menjadi keutamaan.
"Tambahan pula, tumpuan khusus yang diberikan kepada pembangunan industri pertahanan tempatan seiring inovasi dan teknologi masa kini amatlah dialu-alukan," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan sebanyak RM21.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan termasuk RM5.8 bilion yang dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.
Mengulas lanjut, Mohammad berkata kenaikan peruntukan buat Kementerian Pertahanan akan memberi impak positif terhadap kesejahteraan warga ATM.
"Penambahbaikan ruang pembelajaran di sekolah-sekolah dalam kem, peningkatan capaian Internet, penyelenggaraan dan pembaikan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta penambahbaikan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan meningkatkan kualiti hidup anggota serta keluarga," katanya.
Dalam soal menjaga kebajikan veteran ATM, Mohammad berkata inisiatif seperti program PROTEGE - Veteran, peningkatan kadar Bantuan Sara Hidup untuk veteran ATM tidak berpencen, pelanjutan bayaran Penghargaan Khas serta pelarasan pencen di bawah Sistem Saraan Penjawat Awam membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan pesara dan veteran tentera.
"ATM bertekad untuk memanfaatkan peruntukan ini sebaik mungkin dalam meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan bagi menghadapi cabaran masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Angkatan Tentera Malaysia
#peruntukan
#Panglima Angkatan Tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan