Belanjawan 2026: 4,500 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap tahun hadapan

Kata Anwar, ini lanjutan usaha berterusan kerajaan yang telah meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan dan menyerap sejumlah 12,900 doktor kontrak. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Isu doktor kontrak terus diberi perhatian serius apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun hadapan.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa seramai 4,500 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap pada tahun 2026 bagi memperkukuh sistem kesihatan awam negara.
- Kerajaan turut menaikkan kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) sebanyak kira-kira 40 peratus bermula 1 Oktober 2025, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta setahun.
- Selain itu, kadar fi perundingan klinik swasta dinaikkan sehingga RM80, manakala projek usaha sama awam-swasta bagi pengeluaran ubat penting tempatan akan dilaksanakan bagi menjamin keterjaminan bekalan ubat negara.
“Bagi jawatan jururawat pula, 833 jururawat kontrak telah ditawarkan lantikan tetap tahun ini, manakala 935 graduan Institut Latihan KKM akan turut diserap ke jawatan tetap pada 2026,” katanya.
Selain penyerapan tetap, kerajaan juga mengambil langkah memperbaiki kebajikan petugas kesihatan. Antara inisiatif utama ialah kenaikan kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) sebanyak sekitar 40 peratus mulai 1 Oktober 2025, dengan peruntukan tambahan RM120 juta setahun.
Sebagai contoh, kadar ETAP bagi doktor pakar yang bertugas pada hari cuti meningkat kepada RM350, berbanding RM250 sebelum ini.
Dalam masa sama, kadar fi perundingan pengamal perubatan am yang tidak disemak sejak 2006 turut dinaikkan daripada RM10–RM35 kepada RM10–RM80, bagi memberi ruang fleksibiliti yang lebih luas tanpa membebankan pesakit.
Kerajaan juga akan merintis projek usaha sama awam-swasta bagi pengeluaran ubat-ubatan penting, sebagai langkah menjamin keterjaminan bekalan ubat negara serta meningkatkan daya saing industri farmaseutikal tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami