Skip to main content

Malaysia

Belanjawan 2027 terus tekad pastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat - Anwar

ANWAR: Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada 3.30 petang ini. - Foto media sosial Anwar Ibrahim
ANWAR: Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada 3.30 petang ini. - Foto media sosial Anwar Ibrahim

Advertisement

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 meneruskan tekad bagi memastikan kemajuan negara dapat dirasai oleh setiap rakyat dengan taraf kehidupan mereka terus ditingkatkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menerusi hantaran di platform X, Perdana Menteri berkata Belanjawan MADANI kelima itu turut memastikan nasib rakyat terus terbela serta dapat hidup secara bermaruah.

“Insya-Allah petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk ‘menggapai di langit serta mengakar di bumi’.

“Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada 3.30 petang ini,” katanya dalam hantaran itu.

 -- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement