awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Johor 2024 bakal tumpu usaha naik taraf kemudahan pelancongan, pengangkutan awam

Bernama
Bernama
05/10/2023
08:59 MYT
Belanjawan Johor 2024 bakal tumpu usaha naik taraf kemudahan pelancongan, pengangkutan awam
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap pada majlis perasmian pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini. - Foto BERNAMA
KULAI: Belanjawan Johor 2024 yang akan dibentangkan bulan depan dijangka menyentuh beberapa usaha termasuk menaik taraf kemudahan pelancongan dan pengangkutan awam, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Mengambil contoh pelancongan, beliau berkata kerajaan negeri merancang untuk menaik taraf kemudahan yang ada dalam tempoh dua tahun akan datang bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Menurut Onn Hafiz bagaimanapun, perincian bagi kerja naik taraf itu akan diumumkan dalam pembentangan belanjawan tersebut.
"Misalnya, Tanjung Piai terletak di titik penghujung benua Asia... kita juga ada enam Taman Negara. Banyak perlu kita buat untuk menaik taraf produk pelancongan di Johor.
"Dalam pembentangan belanjawan itu juga, saya akan menyentuh mengenai pengangkutan awam, Johor Bersih dan Johor Selamat," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.
Berhubung LTAS, Onn Hafiz berkata peningkatan kapasiti penumpang sehingga lima juta setahun, tahun ini, mampu dicapai dalam masa yang singkat.
"Ia dapat dicapai dalam masa singkat kerana pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa Johor khususnya di Iskandar Puteri akan ada Zon Kewangan Khas. Pada masa sama, Johor akan ada Zon Ekonomi Khas dengan Singapura.
"Justeru, dua perkara ini, saya yakin akan menjadi pemangkin untuk pembesaran ekonomi di Johor. Bila ia berlaku maka lebih ramai pelabur akan masuk melalui Tambak Johor, Linkedua (Laluan Kedua Malaysia-Singapura) dan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang akan siap pada 2026 dan juga melalui LTAS," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#Belanjawan Johor 2024
#naik taraf kemudahan
#pelancongan
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan