awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Sarawak: Bantuan buat pelajar IPT - Abang Johari

Bernama
Bernama
09/11/2023
12:55 MYT
Belanjawan Sarawak: Bantuan buat pelajar IPT - Abang Johari
Bantuan khusus buat pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta akan diumumkan dalam Belanjawan Sarawak 2024, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Bantuan khusus buat pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta akan diumumkan dalam Belanjawan Sarawak 2024, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata belanjawan itu bakal dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula dari 20 hingga 29 Nov ini.
Menurutnya berdasarkan kepada data kerajaan negeri, dianggarkan 5,000 pelajar Sarawak di IPT awam dan swasta yang perlu dibantu setiap tahun termasuk daripada golongan berpendapatan rendah B40.
"Kita tahu bahawa banyak benda atau keperluan yang harus pelajar miliki (beli) dan harga barang ini juga agak tinggi.
"Buku teks mereka juga agak mahal, jadi kita akan berikan bantuan buku teks buat pelajar selain ada beberapa lagi bantuan yang akan saya umumkan nanti (dalam Belanjawan)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Pameran LATerasi Kewangan Bank Negara Malaysia 2023 di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan Sarawak
#bantuan
#pelajar IPT
#Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan