awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belasah ibu kerana RM10

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2020
01:35 MYT
Belasah ibu kerana RM10
AADK menahan enam lelaki di Bandar Bukit Tinggi, Klang, semalam, kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah - Foto Sinar Harian
Seorang wanita warga emas cedera hingga dikejarkan ke hospital selepas dibelasah anaknya yang meminta wang RM10 untuk membeli dadah.
Dalam kejadian di kediaman mereka di Bandar Bukit Tinggi di sini, Ahad lalu lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan berang kerana ibunya tidak memberikan wang yang dimintanya.
Suspek membelasah ibunya yang berusia 64 tahun hingga cedera di bahagian badan dan dirawat selama dua hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Ketua Unit Penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ezwan Shahrin Saihani berkata, bertindak hasil aduan awam, satu operasi Ops Cegah di sekitar kediaman terbabit dilakukan pada jam 8 pagi semalam.
"Seramai enam lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk suspek ditahan. Kesemua mereka positif dadah jenis syabu dan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, Ops Cegah dijalankan di kawasan berisiko tinggi di Klang dilakukan secara rambang ke atas penduduk
Topic Berkaitan
#Dadah
#polis
#pukul
#RM10
#suspek
#Syabu
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan