JOHOR BAHRU: Tujuh pelajar lelaki termasuk seorang warga asing yang ditahan selepas disyaki memukul seorang remaja lelaki di tempat awam di Taman Bestari Indah Johor Bahru, direman dua hari.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Tempoh reman yang bermula hari ini dan esok bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas semua suspek mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Terdahulu tular sebuah video berdurasi 59 saat memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul sekumpulan pelajar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub selamat berkata, kejadian berpunca daripada salah seorang suspek yang tidak berpuas hati mangsa berkawan dengan teman wanitanya.
Pengadu melaporkan dia telah dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian hadapan badan, belakang badan, peha, perut dan lengan kiri serta kanan.
Mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian kiri dan kanan, bengkak di peha dan mengalami kesakitan seluruh badan.
Kes disiasat dibawah seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Aug 15 2023
Tujuh pelajar dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Belasah rakan sebab 'awek': 7 pelajar direman
Tujuh pelajar lelaki termasuk seorang warga asing yang ditahan selepas disyaki memukul seorang remaja lelaki di tempat awam di Taman Bestari Indah Johor Bahru, direman dua hari.