KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.
Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Rashid Shuhaimi, 29, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Abdul Rashid membayar denda tersebut.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mageswary menyoal tertuduh sebab dia membeli pistol itu dan Abdul Rashid menjawab: "Beli untuk hobi, sukan menembak".
Mageswary menasihatkan bapa kepada seorang anak itu agar mengikuti kursus menembak untuk mendapatkan lesen sekiranya berminat sukan itu, bukannya memiliki pistol tiruan.
Abdul Rashid didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan jenama GLOCK, sebuah kelopak warna hitam dan 128 butir peluru di sebuah rumah di Perumahan Rakyat Pantai Permai, Jalan Pantai Dalam, Brickfields di sini pada 3.45 pagi, 20 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, peguam Zolazrai Zolkapli mewakili Abdul Rashid merayu hukuman minimum kerana anak guamnya yang mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja dan seorang anak berusia tujuh bulan.
"Anak guam saya membeli pistol itu di platform jualan dalam talian, jadi orang awam boleh membelinya bila-bila masa. Anak guam saya juga membeli senjata berkenaan hanya untuk permainan, bukan tujuan jenayah," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas. - Gambar hiasan
Kajian berhubung isu pensijilan halal sedia dibentang Rabu ini - Mohd Na'im
Beliau berkata pihaknya telah menyediakan draf cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi setiap premis makanan, yang akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet nanti.
AWANI Ringkas: Tuanku Muhriz kesal dan dukacita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong hadir sambutan kebangsaan bertemakan Malaysia Madani
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2024.
Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Suspek cubaan bunuh Trump berjaya diberkas
Seorang lelaki telah ditahan di Palm City, Florida, berikutan cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump di padang golf miliknya di Palm Beach
Hampir 300 PATI ditahan sejak Januari hingga Ogos - PGA
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 296 pendatang tanpa izin (PATI) menerusi Op Taring Wawasan yang dijalankan sejak Januari hingga 31 Ogos lepas.
Pihak berkuasa pertingkat kawasan cubaan bunuh Trump
Susulan insiden cubaan bunuh Trump, pihak polis dan ejen perkhidmatan rahsia telah memperketat tahap keselamatan dan berjaga-jaga di sekitar Trump International Golf Club, Florida.
Banjir Eropah tengah ragut 8 nyawa, ribuan dipindahkan
Jumlah kematian akibat banjir di Eropah Tengah meningkat kepada lapan orang pada Ahad apabila ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka di Republik Czech.
Hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan sungai melimpah di beberapa bahagian rantau tersebut.
Hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan sungai melimpah di beberapa bahagian rantau tersebut.
Pemimpin politik AS beri reaksi susulan cubaan bunuh Trump
Dalam pada itu, sejumlah pemimpin politik Amerika Syarikat memberi reaksi di media sosial berhubung insiden cubaan bunuh ke atas calon presiden, Donald Trump.
Salah seorang pemimpin politik tersebut ialah Naib Presiden Amerika syarikat dan juga pesaing utama Trump, calon presiden Demokrat, Kamala Harris.
Salah seorang pemimpin politik tersebut ialah Naib Presiden Amerika syarikat dan juga pesaing utama Trump, calon presiden Demokrat, Kamala Harris.
34 cedera bas persiaran dua tingkat terbabas
Sebanyak 34 penumpang termasuk pemandu cedera apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 273.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Ipoh, awal pagi Isnin.
44 rumah musnah dijilat api, lebih 150 penghuni hilang tempat berteduh
Lebih 150 penduduk hilang tempat tinggal selepas 44 rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, Kinabatangan, Sabah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, sebahagian besar penghuni terbabit tinggal sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga, berikutan api marak dengan cepat serta kedudukan rumah yang rapat.
Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil memegang sebuah objek menyerupai pistol di sekitar Bukit Besar di sini, hari ini.
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.
Padah lagak tayang pistol tiruan sambil minum arak, 3 lelaki ditahan polis
Tiga lelaki berusia antara 20 tahun sehingga 22 tahun telah ditahan pihak polis kerana memiliki pistol tiruan dekat sini pada Jumaat.
Lelaki ugut pelayan restoran guna pistol tiruan dibeli di media sosial ditahan polis
Polis menahan tiga lelaki berhubung kes menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang pelayan restoran di sebuah hotel dengan menggunakan pistol tiruan.
Minat miliki senjata api membawa padah
Minat mendalam seorang peniaga terhadap barangan senjata api membawa padah apabila dia ditahan pihak polis selepas disyaki menjual 12 pucuk pistol tiruan bernilai kira-kira RM10,000.