awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bella Astillah hadir di mahkamah, sokong Syed Saddiq di hari kedua rayuan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2025
04:10 MYT
Bella Astillah hadir di mahkamah, sokong Syed Saddiq di hari kedua rayuan
Bella hadir bagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan pada Khamis. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Selebriti, Bella Astillah hadir pada hari kedua, bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis.
Bella kelihatan cantik mengenakan pakaian serba putih ketika hadir di mahkamah pada jam 10.25 pagi.
"Assalamualaikum, lepas ini saya nak ke kerja terus," kata pelakon itu.
Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33.
Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.
Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#Bella Astillah
#kes mahkamah
#keputusan rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan