Pihak berkuasa atau mana-mana pihak belum menerima sebarang panggilan daripada kumpulan bersenjata yang dilapor menculik 10 nelayan Bajau Laut di perairan Felda Sahabat Lahad Datu, awal pagi semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata sehingga hari ini, polis belum menerima laporan atau dimaklumkan mengenai panggilan daripada kumpulan penculik sama ada oleh pemilik bot yang terlibat atau keluarga mangsa.
"Belum ada lagi (menerima sebarang panggilan daripada kumpulan penculik)," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai perkembangan terkini kes itu, hari ini.
Mengenai enam nelayan yang terselamat dalam kejadian itu, Omar berkata polis telah mengambil kenyataan mereka semalam di Balai Polis Cenderawasih, Felda Sahabat Lahad Datu bagi membantu siasatan.
Kesemua nelayan yang terselamat itu masih berada di Cenderawasih dan dua bot nelayan yang terlibat dalam kejadian itu juga masih berlabuh di kawasan perairan Felda Sahabat di bawah pengawasan polis.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, 10 nelayan berkenaan dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dari dua bot nelayan di perairan Lahad Datu ketika dalam perjalanan menuju ke Semporna.
Mereka dipercayai dilarikan ke Pulai Sitangkai di Selatan Filipina, kira-kira 15 minit perjalanan dari perairan Tambisan, Lahad Datu.
Kesemua mangsa berumur 17 hingga 60 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan hanya memiliki Dokumen Lepa-Lepa yang dikeluarkan kepada pelaut nomad sebagai pengenalan diri nelayan berkenaan.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor ketika ditanya mengenai kejadian itu, berkata Bukit Aman menunggu perkembangan terkini berhubung kes itu daripada Pesuruhjaya Polis Sabah.
"Siasatan masih berjalan dan kami masih menunggu perkembangan terkini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019

OMAR: Sehingga hari ini, polis belum menerima laporan atau dimaklumkan mengenai panggilan daripada kumpulan penculik.

Bunuh warga emas: Suspek dituduh di Mahkamah Selayang esok
Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh seorang warga emas pada 23 Nov lepas, akan dituduh di Mahkamah Selayang esok.

Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Budaya Melayu, Islam mana yang benarkan fitnah, cerca orang? - PM Anwar
Perdana Menteri menempelak tindakan sesetengah pihak yang membawa nama Islam dan Melayu namun memfitnah dan mencerca orang lain.
Lebih menghairankan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan itu seolah diterima sebagai amalan biasa bahkan orang itu diberi jawatan penting dalam parti.
Lebih menghairankan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan itu seolah diterima sebagai amalan biasa bahkan orang itu diberi jawatan penting dalam parti.

M'sia sasar liputan 98 peratus air bersih, 87.5 peratus pembetungan di luar bandar pada 2025
Malaysia menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan 87.5 peratus liputan pembetungan bagi kawasan luar bandar menjelang 2025.

10,000 buku bernilai RM9 juta milik Gopal Sri Ram diserah kepada perpustakaan UM
Koleksi yang dinamakan sebagai "Koleksi Peribadi Mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram" itu disumbangkan oleh Datin Seri Chandra Sri Ram kepada UM.
PM Anwar tiada masalah dengan pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menghadapi masalah dengan pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, pemimpin dari pelbagai parti dalam kerajaan juga bersetuju dengan dasar Madani dan sentiasa menyokong usaha dilakukan kerajaan.
Menurutnya, pemimpin dari pelbagai parti dalam kerajaan juga bersetuju dengan dasar Madani dan sentiasa menyokong usaha dilakukan kerajaan.
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak adil untuk membuat penilaian prestasi menteri-menteri dalam Kerajaan Perpaduan dalam tempoh satu tahun.

JKM kesan ibu kandung bayi perempuan
Menurut JKM, bayi itu ditinggalkan ibunya, Wan Azlina Wan Mohamad ketika mendapatkan rawatan di HUSM.

Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.
“Jangan termakan dengan penyakit keselesaan.” - PM Anwar
Perdana Menteri menasihatkan pemimpin negara supaya tidak berada pada tahap selesa ketika mentadbir negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini pernah berlaku, apabila pemimpin mendakwa sistem pendidikan ‘nombor satu’ dan sistem kesihatan terbaik sedangkan tandas sekolah pun tidak dapat dibaiki.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini pernah berlaku, apabila pemimpin mendakwa sistem pendidikan ‘nombor satu’ dan sistem kesihatan terbaik sedangkan tandas sekolah pun tidak dapat dibaiki.

Belum ada panggilan daripada penculik - Pesuruhjaya Polis Sabah
10 nelayan berkenaan dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dari dua bot nelayan di perairan Lahad Datu.