awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum sampai masanya lagi, KKM terima banyak cadangan usahakan ladang ganja - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
14/07/2022
05:07 MYT
Belum sampai masanya lagi, KKM terima banyak cadangan usahakan ladang ganja - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan penggunaan produk Cannabidiol (CBD) yang akan didaftarkan menjelang tahun hadapan hanya untuk kegunaan penyakit tertentu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, penggunaan produk Cannabidiol (CBD) yang akan didaftarkan menjelang tahun hadapan hanya untuk kegunaan penyakit tertentu.
Sehubungan itu, beliau berkata, langkah berhati-hati diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan produk CBD digunakan mengikut ketetapan pegawai perubatan.
"Bila kita bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter sebaliknya, mesti (melalui) preskrispsi (doktor).
"Yang penting bila sudah ada produk itu, doktor tahu macam mana nak pakai. Tidak guna kita bagi kebenaran untuk CBD tapi doktor tidak tahu macam mana nak prescribe. Jadi, itu akan ambil masa sedikit. Sebab itu saya kata tahun depan jangka masa realistik," kata Khairy
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran The Centre's Drug Perception Study Report di ibu negara pada Khamis..
Tambah Khairy, meskipun pihaknya akan membuka kepada syarikat farmaseutikal untuk mendaftar produk CBD mereka untuk dinilai, namun, sudah ada pihak yang mengemukakan cadangan untuk mengusahakan ladang ganja bagi tujuan itu.
"Kita ambil langkah demi langkah, kita daftar beberapa produk, kita tengok penerimaan doktor dan pesakit.
"Sekiranya penerimaan tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita boleh fikirkan untuk penanaman (ganja).
“Ramai yang hantar proposal (kertas kerja) nak tanam ladang ganja dan sebagainya, kita belum sampai tahap itu lagi, kita ambil langkah demi langkah," jelas beliau lagi.
Terdahulu, Khairy mengumumkan, KKM akan mengeluarkan kerangka kerja penggunaan produk CBD tahun ini, sebelum pendaftaran penggunaan CBD dibenarkan tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#CBD
#ladang ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan