awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum temui petunjuk positif, kehilangan Hud Aryan tiada unsur jenayah - Polis

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
26/02/2025
06:35 MYT
Belum temui petunjuk positif, kehilangan Hud Aryan tiada unsur jenayah - Polis
Mohd Haki (kiri) bertanya khabar ahli keluarga mangsa ketika tinjauan pencarian pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
TANAH MERAH: Polis mengesahkan kehilangan kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

Ringkasan AI
  • Kehilangan kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, di Kampung Aira Kuala Tiga tidak membabitkan sebarang kes jenayah dan disiasat sebagai kes orang hilang.
  • Pencarian diteruskan dengan bantuan dua ekor anjing pengesan K9, melibatkan kawasan seluas tiga kilometer di sungai dan darat, serta melibatkan bomba, polis, dan Angkatan Pertahanan Awam.
  • Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, menasihatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan berita yang boleh mengaibkan keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, setakat ini siasatan polis adalah berkaitan dengan orang hilang.
"Keluarga mangsa juga tidak menerima sebarang permintaan atau penawaran," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pencarian masih diteruskan dengan menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan K9 bermula pagi Rabu.
"Keluasan kawasan pencarian hari ketiga menjangkau tiga kilometer dan memberi fokus di sungai dan darat membabitkan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam.
"Selain khidmat anjing dan anggota operasi, dua lagi kaedah yang digunakan ialah pencarian bermula dari rumah mangsa sehingga 3 kilometer (km) ke hutan dan menyusuri sungai dalam skala sama," katanya.
Mohd Haki turut menasihatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan berita yang boleh mengaibkan ahli keluarga mangsa.
Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini, selepas waktu maghrib pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Hud Aryan Mohd Nor Hafifi
#Kampung Aira Kuala Tiga
#kes orang hilang
#anjing pengesan K9
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan