KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat tidak terbabit dalam pembayaran hutang 1MDB adalah satu dakwaan yang tidak benar, kata bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Muhyiddin, hutang 1MDB berjumlah RM50 bilion itu dijamin kerajaan namun selepas syarikat itu gagal membayar hutang tersebut, kerajaan pula terpaksa membayarnya.
Jelas Muhyiddin, jumlah yang dibayar setakat Januari tahun ini lebih RM13 bilion dan hutang yang dibayar itu menggunakan duit rakyat.
BACA: 'Tidak ada satu sen pun wang rakyat digunakan untuk bayar hutang 1MDB' - Najib
Tegasnya, disebabkan itu juga, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau menubuhkan pasukan khas untuk menjejak dan merampas wang serta aset 1MDB yang disorokkan di luar negara supaya dapat membayar sebahagian hutang ditinggalkan syarikat berkenaan.
“Saya difahamkan setakat ini lebih RM20 billion wang dan aset 1MDB telah berjaya dirampas semula oleh kerajaan dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset yang akan digunakan untuk membayar sebahagian hutang 1MDB.
“Bayangkan jika Pekan masih Perdana Menteri. Saya tidak fikir dia akan tubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk mencari wang dan aset 1MDB yang hilang.
“Ini kerana yang menghilangkan wang dan aset itu pun dia. Jadi benarlah YB Pekan ini seorang yang cerdik… cerdik berbohong,” katanya ketika sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin.
Tambah Pengerusi Perikatan Nasionak (PN) itu lagi, kerosakan akan melanda negara jika integriti tidak dijadikan pegangan pemimpin yang mentadbir kerajaan.
Apatah lagi, katanya, apabila ada kesnya terkenal seantero dunia sebagai “the biggest scandal of the century” yang melibatkan rantaian penyangak kewangan global yang mencetuskan “national embarrassment”.
“Saya sebenarnya hairan dengan sikap Pekan. Apabila saya sebagai Perdana Menteri menyalurkan bantuan bernilai ratusan billion ringgit kepada rakyat dan perniagaan di kala susah dikatakan membazir.
“Tetapi ketika dia menjadi Perdana Menteri, puluhan billion duit rakyat lesap begitu sahaja tidak pula dikatakan membazir. Mungkin kerana dia mendapat untung, tidaklah membazir bagi dia,” ujar Muhyiddin.
Ridauddin Daud
Mon Mar 07 2022
Kenyataan Najib bahawa rakyat tidak terbabit dalam pembayaran hutang 1MDB adalah satu dakwaan yang tidak benar, tegas Muhyiddin. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
Titah adendum: Anak Najib persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.