awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai: Dua mangsa hilang masih belum ditemui

Bernama
Bernama
20/08/2021
15:03 MYT
Bencana Gunung Jerai: Dua mangsa hilang masih belum ditemui
Setakat ini, banjir yang berlaku akibat fenomena kepala air dari Gunung Jerai, itu mengorbankan empat mangsa selain menyebabkan kerosakan kepada kawasan kediaman dan penempatan sekitar gunung itu. - BERNAMA
YAN: Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini belum berjaya mengesan dua lagi mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air yang berlaku pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata operasi pada hari ini masih tertumpu di lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan hilang iaitu Titi Hayun dan Batu Hampar, namun pasukan mencari dan menyelamat tidak menemui sebarang petunjuk.
"Pada hari ini kita telah menambah kekuatan yang membabit seramai 308 anggota daripada pelbagai agensi dan telah menggunakan unit dron daripada polis dan bomba untuk mengesan mangsa.
"Namun sehingga operasi ditamatkan 4 petang tadi, tiada petunjuk tentang keberadaan mangsa-mangsa yang masih hilang. Kita akan teruskan semula operasi mencari pada pukul 8 pagi esok," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya, operasi juga telah diperluaskan termasuk ke kawasan perairan berhampiran berdasarkan penemuan mayat mangsa keempat yang dijumpai di kuala Sungai Udang, semalam.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Mayat mangsa keempat ditemui di KEDA Sungai Udang
BACA: Bencana Gunung Jerai: Hanya mampu lihat mangsa hanyut depan mata
Menurutnya, operasi mencari mangsa turut berdepan sedikit kesukaran memandangkan kawasan pencarian adalah berbatu dan berlumpur yang menyebabkan pasukan mencari mengambil masa lama untuk memeriksa sesuatu kawasan.
"Bagi operasi mencari dan menyelamat esok, kita akan menambah lagi kekuatan anggota pasukan dan turut mendapatkan bantuan unit udara polis bagi mengesan lokasi yang disyaki mangsa dihayutkan," katanya.
Setakat ini, banjir yang berlaku akibat fenomena kepala air dari Gunung Jerai, itu mengorbankan empat mangsa selain menyebabkan kerosakan kepada kawasan kediaman dan penempatan sekitar gunung itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#banjir
#Fenomena
#Banjir di Yan
#bencana Gunung Jerai
#Titi Hayun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan