awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai: KPLB salur peruntukan tambahan RM38 juta

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
06/09/2021
06:11 MYT
Bencana Gunung Jerai: KPLB salur peruntukan tambahan RM38 juta
Keputusan yang diambil itu juga adalah seiring dengan keprihatinan pasukan KPLB dalam memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar. - Bernama
YAN: Peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta akan disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memperbaiki infrastruktur yang rosak teruk susulan kejadian kepala air di beberapa kawasan termasuk Yan dan Merbok.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menyatakan peruntukan itu akan disalurkan pada kadar segera agar infrastruktur terbabit dapat dibaiki secepat mungkin demi memastikan anggota Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah dapat kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Menurut beliau, keputusan yang diambil itu juga adalah seiring dengan keprihatinan pasukan KPLB dalam memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.
"Saya umumkan hari ini, (peruntukan tambahan) RM1 juta untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau rumah rosak, RM355,000 untuk kerja baik pulih jalan-jalan kampung, RM500,000 (akan diperuntukkan) di bawah program ameniti sosial termasuk (pembinaan dan baik pulih) titi (dan jambatan).
"(Selain itu) RM1 juta untuk bekalan air alternatif, RM145,000 untuk pembaikan (empat) sekolah tadika di bawah Kemas dan RM35 juta untuk menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Tupah. Jadi, jumlah keseluruhan peruntukan tambahan ini adalah sebanyak RM38 juta," ujar beliau.
Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan di beberapa lokasi yang terjejas susulan kejadian kepala air di Pekan Yan, pada Isnin.
Pada 23 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta bagi membantu kerajaan negeri Kedah memperbaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai.
Peruntukan itu menurutnya, termasuk RM50 juta menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air yang antara lain untuk menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer fasa satu daerah berkenaan melibatkan kos sebanyak RM5 juta.
Ia juga melibatkan pembinaan dua jambatan baharu sebanyak RM23 juta, pembinaan intake loji rawatan air di Gurun dan Tupah (RM2 juta), pembinaan Empangan Sabo fasa satu (RM20 juta) serta kerja pembaikan kemudahan pelancongan desa dan kerja baik pulih bekalan air.
Tambahan RM3 juta juga disalurkan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk membantu membaik pulih rumah penduduk yang rosak di kedua-dua daerah tersebut.
Topic Berkaitan
#banjir
#kepala air
#Yan
#KPLB
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan