awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai: Pasukan SAR temui petunjuk baharu dua mangsa masih hilang

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
21/08/2021
13:22 MYT
Bencana Gunung Jerai: Pasukan SAR temui petunjuk baharu dua mangsa masih hilang
Dalam kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu, tujuh mangsa dilaporkan hilang yang mana empat daripadanya ditemui maut dan seorang ditemui selamat. - Gambar fail/BERNAMA
YAN: Pasukan penguatkuasa dan agensi yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui petunjuk baharu membabitkan dua lagi mangsa yang masih hilang susulan kejadian kepala air yang berlaku di Gunung Jerai, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitenden Shahnaz Akhtar Haji menyatakan pihaknya turut tidak menolak kemungkinan bahawa kedua-dua mangsa terbabit tertimbus di bawah timbunan tanah dan pokok-pokok.
Jelasnya, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini diteruskan dengan lebih agresif termasuk penggunaan jentera berat serta bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan Polis Marin bagi pencarian di kawasan muka kuala.
Ia susulan penemuan mangsa keempat di kawasan Kuala Sungai Udang, Yan yang terletak berhampiran kawasan laut.
"Setakat ini ada (petunjuk baharu), cuma kita akan sambung esok pada jam 8 pagi (selepas operasi dihentikan pada jam 6 petang hari ini).
"Kita juga sudah plotkan kawasan yang kita rasakan ada petunjuk (dan) setakat ini operasi di darat kita masih mengekalkan radius pada hari ketiga dan hari keempat ini, cuma kita mencari lebih 'dalam' dengan ada kita buat galian sedikit,
"Keluasan (kawasan carian) kita (adalah) sehingga 7 kilometer persegi, (dan) setakat ini dua tempat ini iaitu di Titi Hayun dan Batu Hampar (menjadi fokus kita bagi Operasi SAR)," jelasnya.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Dua mangsa hilang masih belum ditemui
BACA: Bencana Gunung Jerai: 4 kesan runtuhan besar dikesan di puncak
Beliau berkata demikian ketika sidang media harian pengoperasian SAR di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, pada Sabtu.
Untuk rekod, dalam kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu, tujuh mangsa dilaporkan hilang yang mana empat daripadanya ditemui maut dan seorang ditemui selamat.
Dua lagi mangsa yang masih hilang di kawasan Titi Hayun serta Batu Hampar masing-masing dikenali sebagai Riduan dan Ku Shuib.
Topic Berkaitan
#pasukan SAR
#mencari menyelamat
#mangsa hilang
#kepala air
#Yan
#banjir
#Titi Hayun
#Batu Hampar
#gunung jerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan