awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benci pada perlakuan buruk, bukan si pelakunya, kata Imam Muda Asyraf

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2015
03:28 MYT
Benci pada perlakuan buruk, bukan si pelakunya, kata Imam Muda Asyraf
Asyraf mengingatkan umat Islam agar turut mengingatkan umat Islam agar membenci sesuatu perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam tetapi bukan si pelakunya. - Gambar fail
Perlakuan tidak senonoh kerana terlalu obses dengan artis sehingga melibatkan aksi bersentuhan dan menunjukkan keintiman lebih-lebih lagi bagi yang bukan muhrim jatuh hukum yang sangat jelas iaitu haram.
Perkara tersebut dijawab oleh Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan melalui Twitternya ketika ditanyakan oleh Astro AWANI.
“'Ilm ma'lum bidhdharurah. Maksudnya: Satu hukum yang tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Semua orang tahu ia jelas haram,” tuit Asyraf.
KENYATAAN MEDIA: Kami akan lindungi identiti peminat, kata penganjur acara K-Pop
REAKSI: Minat boleh tapi perlu peka batas agama, nasihat Siti Nurhaliza
MEDIA SOSIAL : Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ
Dalam siri tuitnya selepas soalan itu diajukan, penceramah bebas itu turut mengingatkan umat Islam agar membenci sesuatu perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam tetapi dan bukan membenci si pelakunya.
“Ini kerana di pelaku juga berkemungkinan lebih baik daripada kita suatu masa nanti,” katanya.
'Ilm ma'lum bidhdharurah. Mksudnya: satu hkum yg xprlu bljr tinggi2. Smua org tahu ianya jelas haram. a href="https://twitter.com/501Awani">@501Awani: Apa pandangan
— IM Asyraf (@imammudaasyraf) January 11, 2015
Kita membenci perlakuan. Bukan si pelaku. Krn si pelaku jg berkemungkinan lebih baik dr kita suatu masa nanti.
— IM Asyraf (@imammudaasyraf) January 11, 2015
Hal membenci sesuatu dengan hati itu adalah selemah-lemah iman, tambah Asyraf. Jika seseorang itu tidak mampu mencegah sesuatu dengan lisan atau tangan, jangan pula sampai tiada rasa benci pada perkara yang perlu dibenci.
Itulah selemah iman. Membenci dgn hati. Jika tak mampu dgn lisan dan tangan. Jgn tiada benci pd perkara yg perlu dibenci.
— IM Asyraf (@imammudaasyraf) January 11, 2015
Tuit Asyraf menerima banyak respon termasuk seorang pemilik akaun yang menambah bahawa walaupun kita perlu membenci sesuatu perlakuan buruk, hukuman terhadap si pelaku perlu ada.
"Ya, (konsep) hukum dan benci itu berbeza," jelas Asyraf.
Topic Berkaitan
#artis
#asyraf ridzuan
#gadis
#imam muda
#Islam
#Korea
#Kpop
#Melayu
#obses
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan