awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bendera dikibar separuh tiang sebagai menghormati pemergian Adib

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
18/12/2018
07:12 MYT
Bendera dikibar separuh tiang sebagai menghormati pemergian Adib
Semua premis JBPM diarah mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan di atas pemergian anggota bomba Muhammad Adib. -Gambar fail
Semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diarah mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan di atas pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim,
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid dipetik sebagai berkata kibaran bendera bomba separuh tiang itu dilaksanakan selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Buat keluarga Muhammad Adib, ucapan takziah daripada seluruh warga JBPM. Semoga anggota keluarga Muhammad Adib diberi kekuatan dalam menempuh ketentuan Ilahi.
“Bersama-samalah kita berdoa supaya roh Muhammad Adib ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Muhammad Adib parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN).
BACA : Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis
BACA : Akhirnya, Adib pulang jua ke kampung halaman BACA : 'Adib telah diberi rawatan terbaik' - Dr Lee Boon Chye
Jenazah Muhammad Adib selamat disemadikan di kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah tengah hari Selasa.
..
Topic Berkaitan
#BombaHeroKami
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#meninggal dunia
#Muhammad Adib Mohd Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan