awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bendera gergasi Sarawak dikibar separuh tiang

Bernama
Bernama
21/02/2024
04:10 MYT
Bendera gergasi Sarawak dikibar separuh tiang
Bendera yang dipasang pada tiang setinggi 99 meter itu sudah dikibar separuh tiang seperti diarahkan Kerajaan Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Bendera gergasi Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi di sini, dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.
Tinjauan Bernama pada 9 pagi tadi mendapati bendera yang dipasang pada tiang setinggi 99 meter itu sudah dikibar separuh tiang seperti diarahkan Kerajaan Sarawak hari ini.
Terdahulu, Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan rasmi mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian Abdul Taib, 87, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, awal pagi ini.
Kerajaan Sarawak juga memaklumkan bendera di seluruh Sarawak akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan.
Dataran Pertiwi yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu telah dilancarkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu 2024 peringkat negeri sebelum ini.
Kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taib Mahmud
#separuh tiang
#bendera gergasi
#dataran ibu pertiwi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan