SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap kerajaan baharu dapat segera dibentuk hari ini.

Dalam entri di laman sosial, Sultan Ibrahim bertitah pembentukan kerajaan baharu secepat mungkin adalah lambang prinsip demokrasi yang diamalkan Malaysia dan suara rakyat perlu dihormati.

Ini termasuklah pemilihan Perdana Menteri baharu yang diharap dapat segera dipilih.


“Jangan buang masa lagi, saya harap Istana Negara hari ini juga melantik Perdana Menteri yang baharu kerana ini adalah kepentingan rakyat dan bukan kepentingan saya atau individu.

“Saya harap perkara ini sampai kepada seluruh rakyat Johor dan Malaysia yang mana saya cintai," titah baginda.