BERA: Daerah Bera di Pahang berpotensi dijadikan sebagai salah satu destinasi ekopelancongan pilihan dunia kerana kaya dengan ekosistem semula jadi, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata Tasik Bera, di sini contohnya terkenal sebagai tempat perlindungan kepada lebih 200 spesies burung, 50 mamalia dan 90 spesies ikan selain menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora.
"Ini menjanjikan pengalaman unik kepada mereka yang menggemari aktiviti pelancongan bersifat semula jadi untuk melakukan aktiviti seperti 'jungle tracking' (merentas hutan)," katanya semasa berucap pada Program Komuniti Keluarga Malaysia 'Hogoh Bera 2020' di Felda Kumai di sini hari ini.
Program selama dua hari bermula semalam itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Menurut Nancy, MOTAC akan memberi sokongan penuh kepada pengusaha inap desa termasuk di Felda Kumai untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke daerah itu.
"MOTAC juga menyokong penuh segala aktiviti di bawah sektor pelancongan termasuk yang dikendalikan persatuan budaya dan organisasi luar termasuk menerusi penyediaan bantuan insentif dan latihan," katanya.
Mengulas mengenai penganjuran program itu, Nancy berkata ia merupakan pendekatan turun padang oleh agensi kerajaan bagi mendekatkan diri dengan masyarakat melalui penglibatan komuniti di peringkat akar umbi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 21 2021
Nancy berkata Tasik Bera, contohnya terkenal sebagai tempat perlindungan kepada lebih 200 spesies burung, 50 mamalia dan 90 spesies ikan selain menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora. - Gambar fail/BERNAMA
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
Bera berpotensi jadi destinasi ekopelancongan pilihan dunia - Nancy
Daerah Bera di Pahang berpotensi dijadikan sebagai salah satu destinasi ekopelancongan pilihan dunia kerana kaya dengan ekosistem semula jadi.