PENYANYI Zizi Kirana dan suaminya Yusuf Bahrin buat pertama kali berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan umrah bersama semalam.
Lebih istimewa lagi, Zizi berangkat untuk mengerjakan ibadah itu sehari selepas ulang tahun kelahirannya.
"Saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
"Kepada semua kenalan kami dekat ataupun jauh, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap dari kami.
"Moga kita semua dapat keredhaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW Insya-Allah," tulisnya.
Zizi berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan, dia turut memuat naik foto bersama suaminya yang sedang berada di lapangan terbang.
Dalam kemas kini di Instagram (IG) Story miliknya pula, terdapat video yang mana dia diraikan sempena hari jadinya dengan satu biji kek.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudah dan selamat pergi dan balik.
Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 16 September 2021.
Gempak
Wed Jan 25 2023

Menerusi hantaran di Instagram, Zizi memuat naik foto bersama suaminya di lapangan terbang. - Foto GEMPAK

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Pegawai akaun agensi pelancongan, umrah ditahan pecah amanah RM1.3 juta
Seorang pegawai akaun sebuah agensi pelancongan dan umrah ditahan selepas dipercayai terlibat dengan pecah amanah membabitkan wang bernilai RM1.3 juta.

Berangkat ke Tanah Suci, Zizi Kirana, Yusuf Bahrin pertama kali buat umrah bersama
Lebih istimewa, Zizi berangkat untuk mengerjakan ibadah itu sehari selepas ulang tahun kelahirannya.

Mahkamah benar Isa Samad dapatkan sementara pasport untuk ibadah umrah
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkan beliau menunaikan ibadah umrah.

Lebih sebulan hilang ketika tunai umrah, usaha cari guru diteruskan keluarga
Muhammad Nabil, 26, berkata dia sendiri akan berangkat ke Mekah pada 20 Januari dan akan berada di Tanah Suci selama kira-kira 14 hari.

Arab Saudi kurangkan insurans premium haji, umrah
Tempoh visa umrah juga akan dilanjutkan daripada 30 hari kepada 90 hari.

Tabung Haji diiktiraf pembimbing haji terbaik dunia Islam
Pengiktirafan itu diterima pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi.

Ini sebab harga pakej umrah meningkat, menurut TH
Dua faktor utama penyebab kenaikan iaitu peningkatan kos penerbangan dan kos penginapan.

Kenaikan harga hotel di Mekah, Madinah akan dibincang dengan Arab Saudi - Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan pihaknya akan mengemukakan isu berhubung kenaikan harga hotel di Mekah dan Madinah kepada Arab Saudi.

Harga pakej umrah dijangka naik
MATTA memaklumkan agensipelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.

Polis Kedah tahan lelaki disyaki terbabit penipuan pakej umrah
Suspek lelaki berusia 49 tahun itu ditahan selepas polis menerima 17 laporan sehingga 8 Disember lalu.