awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi

Bernama
Bernama
06/12/2023
11:56 MYT
Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini. Turut kelihatan Timbalannya Teo Nie Ching. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata ini bermakna hanya berbaki kurang empat peratus untuk negara mencapai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.
Fahmi berkata setelah Malaysia mencapai sasaran itu, kerajaan akan memutuskan untuk mewujudkan rangkaian 5G yang kedua pada masa akan datang.
"Pada 1 Dis yang lepas, kita telah tanda tangan Perjanjian Langganan Saham (SSA), maka kelima-lima syarikat telekomunikasi akan menyuntik RM233 juta ke dalam Digital Nasional Bhd (DNB) setiap satu.
Bererti jumlah itu nanti akan membantu dari segi operasi DNB serta pelaksanaan rangkaian 5G," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.
Selain itu, Fahmi berkata KKD akan mempertimbangkan untuk melanjutkan Pakej 5G Rahmah sehingga Mac 2024 dan perkara itu akan diputuskan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pasukan Petugas 5G.
Beliau berkata ini kerana setakat 30 Okt lepas, masih terdapat baki kira-kira 50 peratus peranti yang belum dibeli daripada hampir 100,000 peranti yang disediakan kepada golongan B40 di negara ini.
"Maka kita ada perbincangan dan memandangkan kita hampir capai 80 peratus sasaran rangkaian 5G, jadi mungkin lebih ramai akan berminat. Kita mungkin akan pertimbang untuk lanjutkan program 5G Rahmah ini," katanya.
Mengenai perhimpunan bulanan hari ini, Fahmi berkata, kestabilan politik di negara ketika ini membolehkan kerajaan berjaya mengumumkan lima dasar penting sepanjang tahun ini.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#rangkaian 5G
#KKD
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan