awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berdepan ancaman vandalisme, oBike tetap akan kembangkan perkhidmatan ke seluruh negara

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
28/02/2018
05:00 MYT
Berdepan ancaman vandalisme, oBike tetap akan kembangkan perkhidmatan ke seluruh negara
Basikal oBike menjadi mangsa vandalisme, namun syarikat berkenaan tetap yakin untuk memperluaskan perkhidmatannya ke seluruh negara - Astro AWANI
Walaupun perkhidmatan perkongsian basikal, oBike, berdepan cabaran vandalisme, syarikat itu tetap akan memperluaskan perkhidmatannya di seluruh negara.
Selain itu, menurut Pengurus Pemasaran oBike (Malaysia), Elaine Chan, vandalisme yang berlaku ke atas basikal oBike masih terkawal dan tidak menjejaskan perniagaan mereka.
BACA: oBike beri manfaat kepada pengguna? Tepuk dada tanya selera
“Kami akan sentiasa pastikan terdapat jumlah basikal yang mencukupi bagi memenuhi penggunaannya di setiap kawasan.
“Malah, kami juga menyelenggara basikal bagi memastikan keadaanya berada pada tahap optimum.
“Pada masa sama, kami juga akan memperluas perkhidmatan kami di seluruh Malaysia bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima manfaat oBike yang menjadi salah satu alternatif pengangkutan,” katanya menerusi kenyataan kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
BACA: Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'
Tegasnya, oBike Malaysia turut menjalin kerjasama rapat dengan polis dalam menangani isu vandalisme yang berlaku.
“Kami akan membuat laporan polis jika terdapat laporan vandalisme atau ternampak basikal itu dirosakkan.
“Kami bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia bagi menangani isu ini,” katanya yang turut mengakui vandalisme boleh berlaku di mana-mana.
oBike Chart
oBike tetap yakin dengan potensi perniagaan di Malaysia dan akan meluaskan perniagaannya ke seluruh negara biarpun berdepan vandalisme. - Sumber oBike Malaysia
Sejak beroperasi April 2017, oBike telah mempunyai 500,000 pengguna di tujuh negeri di Malaysia.
Beliau optimis, melalui jalinan kerjasama dengan beberapa pihak, isu vandalisme dapat ditangani dengan sempurna.
Menerusi laporan media-media antarabangsa, kes vandalisme melibatkan basikal oBike bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di beberapa buah negara lain seperti Australia dan Singapura.
BACA: Bukan sekadar di Malaysia, oBike turut menjadi mangsa vandalisme di negara luar
Topic Berkaitan
#harta benda awam
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#oBike
#pengangkutan awam
#perkhidmatan perkongsian basikal
#Polis Diraja Malaysia
#Vandalisme
#vandalisme oBike
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan