AL-QURAN menjadi manual kehidupan umat Islam. Apa sahaja perkara berkaitan cara hidup, semuanya boleh dirujuk dalam kitab suci berkenaan.
Betapa tingginya martabat kalam ALLAH itu sehinggakan kita tidak boleh menyentuh mashaf tersebut tanpa wuduk.
Pun demikian, terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Hasut maya bermaksud perbuatan provokatif atau bersifat menyerang sebagai hantaran di media sosial hingga menyinggung perasaan atau membangkitkan kemarahan seseorang.
Ada yang sanggup mempersendakan kalamullah itu dengan menulis ayat al-Quran menggunakan bahasa Inggeris dan rumi demi meraih perhatian ramai.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, tindakan melakukan hasut maya menggunakan ayat al-Quran merupakan satu perbuatan dosa walaupun dilakukan atas tujuan hiburan.
Ini kerana ia dianggap sebagai menghina dan merendah-rendahkan kitab suci umat Islam.
Malah, ia tidak boleh dipandang enteng kerana berkemungkinan pelakunya boleh jatuh ke lembah kekufuran.
“Selaku pengguna media sosial, seharusnya kita menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak serta mempamerkan adab dan akhlak seorang Muslim kerana penggunaannya kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.
“Trend-trend yang ‘tidak sihat’ seperti ini sewajarnya tidak diikuti kerana implikasinya kepada agama,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad Hukum Siri ke-848: Hukum Troll Menggunakan Ayat Al-Quran yang disiarkan di laman web pejabat mufti berkenaan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, para ulama bersepakat mengkafirkan golongan yang memperlekeh, meremeh dan menghina al-Quran dengan apa jua cara sekalipun mereka mengetahui tentang pengharaman tersebut.
Antara jenis penghinaan terhadap al-Quran itu termasuklah meremehkan kandungan di dalamnya atau mana-mana bahagian daripadanya, meletakkan mashaf pada tempat yang kotor, mendustakan hukum-hakam dan perkhabaran, menafikan perkara-perkara disabitkan dan mensabitkan perkara yang ternafi atau meragui mana-mana daripada kalam suci berkenaan.
“Menurut Ibnu Al-Arabi, setiap perkataan yang mempersendakan al-Quran sama ada dilakukan dengan tujuan bermain-main atau dalam keadaan bersungguh-sungguh, hukumnya seseorang itu tetap menjadi kufur.
“Apatah lagi jika gurauan itu berkait hal-hal kekufuran, maka ia tetap menjadi kafir tanpa perselisihan ulama,” katanya.
Seperkara lagi, perbuatan tersebut juga melanggar Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan apa-apa perkataan dan perbuatan yang mempersenda, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat al-Quran atau hadis boleh disabitkan sebagai suatu kesalahan.
“Hal itu tertakluk di bawah Seksyen 8, mempersendakan dan lain-lain ayat al-Quran atau hadis,” katanya.
Adab guna media sosial
Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut berkongsikan adab sebagai pengguna media sosial menurut Islam.
Berikut perinciannya:
1. Mengeluarkan kenyataan dan kata-kata yang baik.
Rasululullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Tidak melakukan perkara sia-sia.
Sabda Baginda SAW: “Antara kebagusan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
3. Menjaga percakapan dan perbuatan daripada perkara yang boleh menyakiti dan menjatuhkan maruah umat Islam.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seseorang Muslim itu ialah mereka yang membuatkan Muslim yang lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan juga tangannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
4. Tidak menyokong dan mengikuti trend yang tidak baik.
ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH MAHA BERAT AZAB SEKSA-NYA (bagi sesiapa yang melanggar perintah-NYA.” (Surah al-Maidah, ayat 2)
Justeru, berwaspadalah ketika menggunakan anggota badan kita daripada menuturkan atau melakukan perbuatan 'troll' yang boleh menjebakkan diri kita ke arah kebinasaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 27 2024
TINDAKAN melakukan hasut maya menggunakan ayat al-Quran merupakan satu perbuatan dosa walaupun dilakukan atas tujuan hiburan.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
COVID-19: 'Troll' punca orang ramai kurang berminat dapatkan dos penggalak
Setakat ini dos penggalak adalah mencukupi namun kurang mendapat sambutan berbanding suntikan vaksin COVID-19 sebelum ini.
Twitter Mariah Carey digodam, penuh ciapan rasis
Penyanyi Mariah Carey mengakhiri tahun 2019 dengan kisah malang apabila akaun Twitter miliknya, @MariahCarey digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 31 Disember lalu.
Barcelona 'troll' Manchester United
Bukan sahaja penyokong Liverpool, malah kelab Barcelona sendiri mengambil peluang untuk 'troll' Manchester United.
'Ada, WhatsApp banyaklah' - Muhyiddin jawab sindiran Najib
Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Photoshop yang gagal, kasut PM Australia jadi bahan jenaka
Jurucakap Scott Morrison memaklumkan tiada kelulusan atau kebenaran diberikan untuk gambar itu disunting.
'Saya punya #kipidap lagi popular daripada Ahmad Maslan' - Rani Kulup
Facebook 'troll' Abdul Rani Kulup Abdullah dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.
Siapa report 'page' Facebook aku? - admin Amran Fans
"Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan?" - admin Amran Fans.