awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berebut pelanggan: 8 pekerja trak tunda ditahan bergaduh

Bernama
Bernama
02/10/2023
10:31 MYT
Berebut pelanggan: 8 pekerja trak tunda ditahan bergaduh
Semua suspek yang berumur 22 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada pukul 11.15 pagi tadi. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan yang dipercayai membabitkan dua kumpulan pekerja trak penunda kereta di Kampung Malaysia Tambahan di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semua suspek yang berumur 22 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada pukul 11.15 pagi tadi.
Beliau berkata Pusat Kawalan IPD Cheras menerima makluman mengenai pergaduhan pada pukul 1.37 pagi itu daripada orang awam, dan siasatan awal mendapati ia melibatkan dua kumpulan pekerja trak penunda yang berebut pelanggan.
"Polis sedang mengesan baki suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan terlibat dalam rusuhan,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
''Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan,'' katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tow truck
#gaduh
#Tular
#longkai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan