awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beregu lelaki China raih juara Terbuka Malaysia 2024

Bernama
Bernama
14/01/2024
13:30 MYT
Beregu lelaki China raih juara Terbuka Malaysia 2024
Aksi beregu lelaki China Liang Wei Keng (kanan) dan Wang Chang (kiri) meraikan kemenangan selepas menentang pemain India Chirag Shetty dan S Rankireddy pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki China, Liang Wei Keng-Wang Chang membuktikan mereka adalah pasangan terbaik dunia apabila meraih gelaran Terbuka Malaysia 2024 selepas mengecewakan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India hari ini.
Pada perlawanan akhir penuh dramatik di Axiata Arena itu, pilhan utama kejohanan yang tewas set pertama 9-21, bangkit bergaya untuk menang set kedua 21-18 sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.
Wei Keng-Wang Chang mempamerkan kekuatan mental yang tinggi apabila menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 5-10 sebelum melengkapkan kemenangan 21-17 untuk muncul juara kejohanan Super 1000.
Bercakap mengenai permainan hari ini, Wang Chang berkata ia merupakan perlawanan ulangan Seluruh England 2023, menyaksikan mereka yang ketinggalan 10-21, bangkit meraih kemenangan 21-17, 21-19 pada pusingan kedua di Birmingham.
"Kami mengkaji bagaimana lawan kami bangkit selepas ketinggalan dalam perlawanan semalam menentang wakil Korea Selatan. Jika mereka (Satwiksairaj-Shetty) boleh lakukannya, kami pun boleh," katanya kepada pemberita di sini.
Kejayaan gandingan itu menjadi kejuaraan kedua dicapai China selepas beregu wanita Liu Sheng Shu-Tan Ning muncul juara, menundukkan pilihan kelima yang juga rakan senegara Zhang Shu Xian-Zheng Yu 21-18, 21-18.
Pemenang acara beregu Terbuka Malaysia 2024 membawa pulang wang tunai US$96,200 dan piala manakala naib juara US$45,500 berserta piala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu lelaki China
#kejohanan badminton
#Terbuka Malaysia 2024
#Juara
#Liang Wei Keng
#Wang Chang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan