awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis

Bernama
Bernama
16/01/2026
04:20 MYT
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
Motif sebenar kes pasangan suami isteri ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Jan lepas masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohamad Zainal Abdullah.
KUCHING: Motif sebenar kes pasangan suami isteri ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Jan lepas masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada 21 orang saksi termasuk ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.
Menurut Mohamad Zainal, proses bedah siasat juga telah dijalankan ke atas kedua-dua mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak semalam.
"Hasil bedah siasat ke atas mangsa lelaki (suami) mendapati terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam melibatkan bahagian leher dan dada manakala hasil bedah siasat ke atas mangsa perempuan (isteri), mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher. Sebab kematian disahkan sebagai kecederaan akibat tikaman di dada dan leher," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mohamad Zainal berkata, siasatan masih dijalankan secara profesional, telus dan berasaskan bukti forensik serta keterangan saksi.
Pada 14 Jan lepas, Mohamad Zainal mengesahkan seorang guru besar dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman dengan kesan kecederaan serius pada bahagian tubuh.
Polis dimaklumkan penemuan pasangan berusia 45 dan 44 tahun itu oleh orang awam pada 6.55 pagi dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh Sri Aman
#motif pembunuhan
#guru besar maut
#Jalan Brayun Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan