awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/01/2026
04:30 MYT
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu berdepan realiti baharu politik negara yang kini menuntut kerjasama rentas gabungan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui wujud rasa tidak selesa di kalangan akar umbi tentang pendirian parti untuk bersama bekas seteru politik dalam membentuk kerajaan.
Namun, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, semua pihak perlu berdepan realiti baharu politik negara yang kini menuntut kerjasama rentas gabungan, sambil mengakui era dominasi tunggal mana-mana parti politik telah berakhir.
Tegasnya lagi, dengan keupayaan pemimpin untuk menerap semangat ‘politics is the art of compromise', UMNO masih berupaya menjadi suara dalam mempertahankan Islam, bangsa, dan institusi beraja di dalam kemajmukan Kerajaan Perpaduan.
“Kerajaan (ini) terbina hasil kerjasama rentas gabungan melibatkan 17 parti gabungan antaranya, gabungan Barisan Nasional, gabungan Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan parti-parti lain seperti Warisan dan KDM.
“Gabungan ini diikat dengan perjanjian yang dipersetujui bersama. Ini merupakan suatu realiti baharu yang menuntut kita keluar dari zon selesa politik lama. Ini bukan sesuatu yang mudah.
“Saya tahu ada di antara kita yang merasa kekok dan skeptikal bekerjasama dengan bekas seteru politik kita. Tetapi inilah tuntutan semasa demi kestabilan negara. Politics is the art of compromise. Politik gabungan menuntut seni berkompromi dan berjiwa besar,” katanya lagi.
Namun Ahmad Zahid berkata, cabaran politik gabungan merupakan ujian kematangan UMNO, sama ada parti itu mampu mengenepikan perbezaan lampau demi masa depan negara.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang berlangsung di ibu negara, pada Jumaat.
Sejak Kerajaan Perpaduan terbentuk pada 2022, wujud ketegangan khususnya di kalangan akar umbi dan pemimpin kedua-dua UMNO dan DAP tentang beberapa isu, dengan terbaharu Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh secara terbuka menganggap parti pimpinan Anthony Loke itu sebagai ‘musuh yang nyata’.
Ahmad Zahid dalam ucapannya berpendirian bahawa UMNO mesti memilih untuk menghadapi cabaran tersebut dengan keberanian dan kejujuran atau terus lemas perlahan-lahan dalam keusangan.
Beliau berkata parti itu tidak memerlukan slogan baharu semata-mata, sebaliknya memerlukan pembaharuan nilai dan matlamat yang tetap berpaksikan tunjang perjuangan asal.
Ahmad Zahid turut mengambil iktibar daripada Perjanjian Hudaibiyah, dengan menyatakan bahawa kemenangan tidak semestinya hadir melalui jalan yang lurus, tetapi melalui “sabar, strategi dan kompromi bijaksana”.
Dalam nada lebih tegas, Presiden UMNO itu menegaskan parti tidak boleh terus bergantung kepada “perjanjian yang pincang”, menghulur tangan yang tidak disambut atau “bertepuk sebelah tangan”.
Topic Berkaitan
#PAU2025
#Ahmad Zahid Hamidi
#DAP
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan