KUALA LUMPUR:Tidak syak lagi bahawa pandemik COVID-19 telah menjejaskan sumber pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Dalam keadaan sedemikian, ramai yang mungkin terdorong untuk beralih kepada cara mudah dan singkat, mengumpul wang tunai secara bermain kutu.
Tetapi pengamal undang-undang menasihatkan rakyat Malaysia untuk berhati-hati apabila bermain kutu, kerana ia boleh menyebabkan anda terjerumus melakukan kesalahan dari segi undang-undang.
Peguam Teeruvarasu K. Muthusamy berkata, secara ringkas, takrifan bermain kutu melibatkan sekumpulan kecil orang yang berpakat untuk menyumbangkan sejumlah wang yang dipersetujui, dalam tempoh masa yang ditetapkan secara mingguan atau bulanan.
Duit itu kemudiannya diserahkan oleh ketua kumpulan atau ibu kutu kepada peserta, yang dijalankan secara undian.
Teeruvarasu berkata, main kutu tradisional dalam kalangan rakan atau keluarga adalah sah mengikut Pendaftar Pertubuhan (RoS), tetapi ia boleh menyalahi undang-undang dalam dua situasi.
"Menjadi satu kesalahan apabila ibu kutu mengenakan yuran keahlian daripada peserta untuk melanggan atau menyertai skim kutu. Ia juga menjadi tidak sah apabila ibu kutu itu menuntut keuntungan daripada ahli yang menyumbang untuk memperkayakan dirinya," katanya kepada Bernama.
Teeruvarasu berkata, senario lain yang akan menyebabkan aktiviti itu menyalahi undang-undang adalah apabila dana itu diiklankan atau dipromosikan kepada masyarakat umum.
Beliau menegaskan bahawa perkara itu melanggar iaitu Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).
"Akta 28 dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan," katanya.
Beliau berkata, perkara berkaitan Akta 28 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebarang penyelewengan kutu boleh dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat (ROC) dan polis.
Seorang lagi peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor pula menasihatkan orang ramai, agar tidak melibatkan diri bermain kutu, kerana mereka berisiko kehilangan wang atau boleh diheret ke mahkamah.
"Ada banyak cara permainan kutu yang dijalankan hari ini dan mereka juga jalankan melalui kumpulan WhatsApp. Ramai yang menyertai skim ini tanpa mengetahui siapa ibu kutu itu.
"Bila makin banyak kumpulan, dana kutu terus meningkat, simpanan makin banyak, ia jadi wang gelap dan itulah yang biasa mengubahnya menjadi satu kesalahan," jelasnya.
Peguam jenayah terkemuka Datuk N. Sivananthan, yang senada dengan Nor Zabetha, berkata sekiranya ahli membuat laporan terhadap ketua kumpulan itu, kedua-dua pihak iaitu peserta dan ibu kutu boleh didakwa.
"Secara teorinya, pihak polis boleh mendakwa peserta kerana main kutu dan ketua kumpulan kerana mengutip (wang) dan juga mencuri atau menipu bergantung pada fakta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
Orang ramai dinasihatkan agar tidak melibatkan diri bermain kutu, kerana mereka berisiko kehilangan wang atau boleh diheret ke mahkamah. - Gambar hiasan
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.