KUALA LUMPUR:Kerajaan perlu memberikan lebih banyak bantuan bersasar kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Jelasnya, bantuan seperti subsidi upah dan Geran Khas Prihatin perlu diperluas kepada sektor lain yang terjejas.
"Mungkin langkah perlu diteruskan lagi, diperluaskan lagi penggunaan ke sektor terjejas.
"Tetapi kena pastikan penerima betul-betul terjejas selain dilakukan secara lebih bersasar. Pengajaran perlu dilihat kepada sebarang bentuk bantuan, kena tengok kepada keperluan peniaga itu sendiri, sektor itu sendiri, jadi kita hendak lihat apa yang berlaku pada suku kedua 2020 lalu, yang mana pada ketika itu ekonomi memang begitu terencat.
"Namun bantuan-bantuan itu banyak memberi kelegaan kepada peniaga terutama dalam sektor PKS," katanya semasa sidang Skype pada Selasa.
Dalam pada itu tambah Dr Mohd Afzanizam, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri akan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi.
Jelasnya, momentum pemulihan suku ketiga dan keempat tahun lalu yang agak kecil disambung dengan suku pertama yang sedikit terganggu.
Sementara itu kata beliau, keputusan mengadakan kembali PKP adalah pilihan antara kesihatan dan ekonomi.
Ujarnya, catatan empat angka jangkitan memerlukan kerajaan mengumumkan langkah drastik untuk memutuskan rantaian penularan wabak.
"Keputusan itu akan menyebabkan sedikit kelembapan dari segi ekonomi tetapi unjurannya akan disemak semula kerajaan kelak," katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, prospek ekonomi dijangka kembali cerah selepas program vaksinasi yang akan dimulakan negara pada Februari depan.
Astro Awani
Tue Jan 12 2021

Kata Afzanizam, keputusan mengadakan kembali PKP adalah pilihan antara kesihatan dan ekonomi. - Sinar Harian

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 26 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 26 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis rekod keterangan Anwar Ibrahim
Polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada bulan lalu.

Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan, berjaya diberkas.

AWANI Ringkas: Kesan sampingan suntikan vaksin kes terpencil | Aktiviti pertanian mungkin punca kebakaran hutan Cameron Highlands

AWANI Ringkas: Pendaftar gagal hadir suntik vaksin boleh dikenakan tindakan | Jadual peperiksaan SPM sesi petang dipinda

Sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan sehingga 14 Mac
Pembukaan sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan selama dua minggu berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac depan.

Koperasi terjejas ditawar penjadualan semula TPM-SKM - Mas Ermieyati
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain itu, koperasi diberi peluang untuk mendapat pembiayaan TMP-SKM sehingga RM100,000 tanpa cagaran dengan grace period selama enam bulan.

Beri banyak bantuan bersasar kepada PKS - Dr Afzanizam
Kerajaan perlu memberikan lebih banyak bantuan bersasar kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Moratorium: Lanjutan tidak bersasar, berpanjangan akan jejas institusi perbankan
Biarpun kedudukan kewangan institusi perbankan pada ketika ini berada dalam keadaan yang baik, mereka tidak harus leka dengan keselesaan itu.

Belanjawan 2021 tidak boleh ditangguhkan - Pakar ekonomi
Sekiranya Belanjawan 2021 gagal dibentangkan, ia akan memberi impak kepada perbelanjaan pihak swasta dan isi rumah.

Dividen realistik KWSP sejajar keadaan ekonomi
Kelemahan pasaran ekuiti serta harga komoditi yang rendah, ternyata menyuramkan perniagaan yang akan dicerminkan menerusi "pembayaran dividen yang kurang menggalakkan."