awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri jawatan TPM kepada UMNO jika mahu PN stabil - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2020
05:28 MYT
Beri jawatan TPM kepada UMNO jika mahu PN stabil - Penganalisis
Dr Mohammad Tawfik juga menggesa agar semua Ahli Parlimen baik dari kerajaan atau pembangkang untuk duduk semeja berbincang bagi memastikan Belanjawan 2021 diluluskan. - Gambar fail/Facebook mohammad.tawfik.92
KUALA LUMPUR:Kestabilan Perikatan Nasional (PN) boleh dicapai sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada UMNO, kata penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakob.
Dr Mohammad Tawfik menjelaskan pembahagian jawatan yang sesuai berdasarkan nisbah bilangan Ahli Parlimen perlu dilaksanakan untuk memastikan gencatan politik yang diumumkan oleh UMNO bertahan lama.
Jelas beliau, UMNO sebagai parti terbesar dalam kerajaan sewajarnya diberi jawatan timbalan perdana menteri
"UMNO perlu diberikan tempat yang cukup dalam kerajaan misalnya wujudkan jawatan timbalan perdana menteri berikan kepada parti-parti yang cukup dominan dalam kerajaan.
"Kalau kita lihat hari dua agihan jawatan tidak begitu sesuai misalnya dari parti Bersatu ada dua menteri kanan, macam mana UMNO tidak marah?
"Maka perlu ditangani dan difikirkan semula oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pentabiran negara bagaimana untuk meredakan ketegangan dalaman PN.
"Kalau nak selesaikan masalah lebih besar perlu diselesaikan masalah kecil dengan baik kemudian wujudkan kerjasama lebih kukuh melibatkan parti dalam PN," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk UMNO?
BACA: LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?
BACA: Portal berita dedah surat Zahid Hamidi sokong Anwar, tuntut jadi TPM
Dr Mohammad Tawfik juga menggesa agar semua Ahli Parlimen baik dari kerajaan atau pembangkang untuk duduk semeja berbincang bagi memastikan Belanjawan 2021 diluluskan.
Jelas beliau, perkara itu penting kerana belanjawan dibentangkan untuk kepentingan rakyat bukan demi kedudukan ahli-ahli politik.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Timbalan Perdana Menteri
#UMNO
#Perikatan Nasional
#Dr Mohamad Tawfik Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan