KUALA LUMPUR:Suhu politik negara nampaknya belum menunjukkan keredaan selepas terbaharu satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.
Memetik portal MalaysiaNow, surat yang dipersembahkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan tersebut sekali gus dilihat bercanggah dengan penafian yang dibuat oleh UMNO sebelum ini berhubung surat yang tular di laman sosial, menafikan sokongan telah diberikan kepada Ketua Pembangkang itu.
BACA: Khairy nafi sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
"Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
"Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.
"Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin," demikian memetik laporan portal tersebut, hari ini.
Sumber dalaman memberitahu portal tersebut lagi, surat tersebut didakwa dihantar oleh Ahmad Zahid dan Najib selepas 48 jam pertemuan dibuat di kediaman Muhyiddin, menyatakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Tambah sumber, surat berkenaan disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi UMNO.
“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan Najib.”
Bagaimanapun, dua hari selepas surat berkenaan dihantar iaitu pada 15 Oktober, wakil dari Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Ahmad Zahid.
Susulan tersebut, Perdana Menteri kemudian memanggil semua menteri UMNO ke kediamannya sebelum mendedahkan kepada mereka mengenai surat sokongan kepada Anwar daripada Ahmad Zahid dan Najib, lapor MalaysiaNow lagi.
"Ketika itu menteri-menteri UMNO yang hadir terkejut dan mengatakan mereka tidak pernah menyokong Anwar.
"Mereka berjanji akan membawa perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi," kata sumber.
Selain itu, dalam pertemuan tersebut, menteri-menteri UMNO dilaporkan membangkitkan empat tuntutan kepada Muhyiddin, mengatakan mereka diberikan tekanan daripada akar umbi parti, termasuk mengatakan UMNO tidak diberikan kedudukan setimpal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Zahid tuntut jadi Timbalan Perdana Menteri
Lebih mengejutkan, portal tersebut mendakwa Ahmad Zahid turut menuntut agar sebahagian daripada pemimpin parti UMNO disingkirkan daripada Kabinet.
Malah, Ahmad Zahid didakwa turut menuntut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin UMNO yang perlu digugurkan daripada Kabinet.
Antara senarai menteri yang didakwa mahu digugurkan adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Tuntutan tersebut didakwa dibuat dalam pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Oktober.
Pertemuan tersebut pada awalnya dijadualkan bagi membincangkan tentang Muafakat Nasional (MN).
"Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Ahmad Zahid mengenai surat sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.
"Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin yang kemudiannya memberikannya kepada Presiden Pas. Abdul Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat," lapor portal tersebut.
Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Hamzah selaku Setiausaha Agong Bersatu.
Tuntutan yang dibuat Ahmad Zahid itu digambarkan telah "memanaskan" lagi pertemuan tersebut, sebelum Perdana Menteri dilaporkan bertanya apa sebetulnya yang dimahukan oleh Presiden UMNO itu.
“Ahmad Zahid jawab Perdana Menteri mungkir janji,” kata sumber dalaman itu.
“Muhyiddin kemudian berkata tidak pernah menjanjikan apa-apa. Ahmad Zahid kemudian berkata, apabila UMNO menyokong Bersatu untuk menubuhkan kerajaan, ia adalah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan bukannya Muhyiddin.
“Muhyiddin tanya lagi apa lagi yang Ahmad Zahid tidak puas hati. Ahmad Zahid kata dia sebagai Presiden UMNO tidak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri," lapor MalaysiaNow yang memetik sumber.
Perdana Menteri kemudian memberitahu Ahmad Zahid bahawa beliau tidak mencampuri urusan mahkamah.
"Namun sebagai rakan, Muhyiddin berkata dia mendoakan Zahid akan dibebaskan."
Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskan beliau.
Hasimi Muhamad
Tue Oct 27 2020
Ahmad Zahid didakwa menuntut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin UMNO yang perlu digugurkan daripada Kabinet.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan wakil pembangkang berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.
Kongres Ekonomi Bumiputera terus perkasa agenda ekonomi
Kongres itu akan turut menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan ekonomi golongan Bumiputera.
100 syarikat, agensi di bawah KKDW dipantau, akan tukar kepimpinan jika prestasi merosot - TPM
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang memantau petunjuk prestasi utama (KPI) melibatkan sekurang-kurangnya 100 syarikat dan anak syarikatnya.
Integriti mahkamah perlu dilindungi untuk tingkat keyakinan pelabur - Fadillah
Kebebasan dan integriti mahkamah perlu dilindungi oleh semua pemegang taruh dalam apa jua keadaan sepanjang masa, agar negara dapat meningkatkan keyakinan pelabur di peringkat global.
Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 akan disusun semula - Fadillah
Ia bagi membolehkan perkara berbangkit daripada perjanjian itu dibincangkan dan diberi perhatian sewajarnya.
TPM Fadillah arah dua kementerian tangani isu air Sabah dalam tempoh dua minggu
Kedua-dua kementerian itu diarah berbincang mencari kaedah penyelesaian terbaik berhubung isu bekalan air Sabah terutama melibatkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa II
Misi pascabanjir digerak untuk bantu mangsa banjir - TPM Ahmad Zahid
Agensi kerajaan di semua peringkat akan menggerakkan misi pascabanjir dalam usaha mempermudah urusan setiap mangsa di negeri terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pegawai NADMA, SMART dihantar ke luar negara jalani latihan pengurusan bencana - TPM Zahid
Langkah itu juga adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan pegawai NADMA dan SMART menimba ilmu serta menerima latihan di luar negara.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.